Friday, September 14, 2007

Rahsia Kejatuhan Anwar Ibrahim.

Apabila teringat kembali zaman kegemilangan Anwar di masa silam hampir menitis air mata dibuat ribuan penyokong yang menjadi tulang kepada pentadbirannya. Anwar sudah hampir dipuncak kegemilangannya pada suatu ketika dahulu, dan akhirnya tumbang di atas kesilapannya sendiri tidak prihatin tentang tanggungjawab di dalam politik.

Memang tidak ramai yang mengetahui kenapa Anwar diaaibkan secara tiba-tiba. Seribu persoalan bermain diminda kerana ia merupakan birokrasi yang melibatkan peristiwa politik golongan yang di anggap bukan calang-calang. Bukan ingin membongkarkan cerita yang sudah basi , tetapi apalah salahnya jika kita berkongsi pengalaman bersama untuk merenung kembali sejarah yang pernah berlaku suatu ketika dulu ketika kita sedang rancak memperkatakan tentang pemimpin yang layak dijadikan sebagai pengganti Tun .

Anwar yang bersifat alim dan warak sebenarnya menyembunyikan seribu kemungkaran di dalam dirinya, jika dilihat pada zahirnya kita akan menyangkakan yang Anwar ini boleh dipercayai dan boleh menjadi seorang pemimpin yang berwibawa tetapi sebaliknya yang berlaku.

Rahsia Anwar terbongkar apabila hadir seorang insan yang memberanikan diri menceritakan tentang keburukan dan kemungkaran yang pernah dilakukan oleh Anwar. Insan yang mengaku pernah menjadi sahabat baik bekas Timbalan Perdana Menteri ini tanpa segan silunya menceritakan bahawa bekas sahabat baiknya itu sering menganggu isterinya. Terutama ketika ketiadaannya dirumah.

Anwar sering menghubungi isterinya dengan mengunakan perkataan romantik dan lucah yang sering mengajaknya keluar. Kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada Anwar, maka suami isteri tersebut mengambil keputusan untuk memerangkap Anwar dengan memasang alat perakam ditalian telefon rumah mereka untuk dibuktikan kepada umum.

Akhirnya mereka bernekad untuk memberikan salinan rakaman tersebut kepada Tun Mahathir yang ketika itu bertindak sebagai Perdana Menteri. Daripada pertemuan dan disertakan dengan bukti rakaman tersebut, beliau membongkarkan segala keburukan yang telah Anwar lakukan pada masa itu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Anwar pada masa itu amat disayangi oleh Tun. Dan ini menjadi kesukaran untuk beliau cuba menyakinkan Tun yang ketika itu bermati-matian cuba mempertahan Anwar sambil menafikan tuduhan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa kali di tolak dan dinafikan oleh Tun namun akhirnya beliau berjaya menyakinkan Tun tentang perangai sebenar orang harapannya itu. Bertitik tolak dari situlah, Anwar akhirnya telah dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya didakwa atas tuduhan salah laku. Daripada kesalahan salah laku yang dilakukannya dia juga ada bertindak menyalah kuasa sebagai menteri kewangan. Segala peluang digunakannya untuk kepentingan diri secara tidak langsung telah menyebabkan Negara menghadapi masalah lanjutan dari perangai kejinya itu.

Setelah beberapa tahun merengkuk di dalam penjara, akhirnya mantan Perdana Menteri ini dibebaskan dari penjara, yang kini bertindak untuk menerajui PKR (Parti Keadilan Rakyat). Didalam PKR berlakunya beberapa pergolakan dalaman yang sering tidak berpuas hati dengan pimpinan kerajaan. Kini, di dalam partinya sendiri mempunyai perbalahan mengenai sikapnya yang terlalu prejudis terhadap golongan korporat. Semakin banyak kepincangan berlaku di dalam PKR yang menandakan kelemahan tunggak pimpinannya terserlah.

Sekiranya Anwar bertanding di dalam pilihanraya umum yang akan datang, maka gelaplah masa depan Anwar. Kenapa boleh jadi begitu…? Pada saya, Anwar tidak akan menang di dalam pilahanraya umum yang akan datang , sebaliknya ia akan mengaibkan Anwar sekali lagi. Walaupun pelbagai usaha atau helah yang akan Anwar rangka tetapi tidak bermakna kerana perjuangannya telah meniti kemerosoton yang maha mengecewakan pada dirinya saat ini.

Namun apa yang bakal menjelang pada pilihanraya nanti adalah sesuatu yang tidak akan memberikan persaingan pada kerajaan sekarang. Kita seharusnya lebih matang di dalam mentafsir sifat kepimpinan yang ada pada pemimpin sekarang supaya kita tidak tersilap mencalonkan dalang di dalam parti nanti.

2 comments:

Anonymous said...

umno pengkhianat bangsa melayu, hidup reformasi!!!

Anonymous said...

hebat betol karangan cite bohong ni. weeiiii, budak kecik bleh la pecaya cite bohong camni. ape ko ingat cuma dgn kaco bini org, bole jatuhkan DSAI dr TPM ke masa tu? bengong.

kot ye pun nak wat cite bohong, cipta la 1 cite yg terhebat. ckp la anwar tu bersekongkol dgn BUSH ke, ejen CIA ke, logik la sket utk diterima pakai.

setakat cite bohong camnie, sape la yg nak pecaya. mana die rakaman perbualan tu? mana2? talk without proof is cheap la