Friday, September 14, 2007

Rahsia Kejatuhan Anwar Ibrahim.

Apabila teringat kembali zaman kegemilangan Anwar di masa silam hampir menitis air mata dibuat ribuan penyokong yang menjadi tulang kepada pentadbirannya. Anwar sudah hampir dipuncak kegemilangannya pada suatu ketika dahulu, dan akhirnya tumbang di atas kesilapannya sendiri tidak prihatin tentang tanggungjawab di dalam politik.

Memang tidak ramai yang mengetahui kenapa Anwar diaaibkan secara tiba-tiba. Seribu persoalan bermain diminda kerana ia merupakan birokrasi yang melibatkan peristiwa politik golongan yang di anggap bukan calang-calang. Bukan ingin membongkarkan cerita yang sudah basi , tetapi apalah salahnya jika kita berkongsi pengalaman bersama untuk merenung kembali sejarah yang pernah berlaku suatu ketika dulu ketika kita sedang rancak memperkatakan tentang pemimpin yang layak dijadikan sebagai pengganti Tun .

Anwar yang bersifat alim dan warak sebenarnya menyembunyikan seribu kemungkaran di dalam dirinya, jika dilihat pada zahirnya kita akan menyangkakan yang Anwar ini boleh dipercayai dan boleh menjadi seorang pemimpin yang berwibawa tetapi sebaliknya yang berlaku.

Rahsia Anwar terbongkar apabila hadir seorang insan yang memberanikan diri menceritakan tentang keburukan dan kemungkaran yang pernah dilakukan oleh Anwar. Insan yang mengaku pernah menjadi sahabat baik bekas Timbalan Perdana Menteri ini tanpa segan silunya menceritakan bahawa bekas sahabat baiknya itu sering menganggu isterinya. Terutama ketika ketiadaannya dirumah.

Anwar sering menghubungi isterinya dengan mengunakan perkataan romantik dan lucah yang sering mengajaknya keluar. Kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada Anwar, maka suami isteri tersebut mengambil keputusan untuk memerangkap Anwar dengan memasang alat perakam ditalian telefon rumah mereka untuk dibuktikan kepada umum.

Akhirnya mereka bernekad untuk memberikan salinan rakaman tersebut kepada Tun Mahathir yang ketika itu bertindak sebagai Perdana Menteri. Daripada pertemuan dan disertakan dengan bukti rakaman tersebut, beliau membongkarkan segala keburukan yang telah Anwar lakukan pada masa itu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Anwar pada masa itu amat disayangi oleh Tun. Dan ini menjadi kesukaran untuk beliau cuba menyakinkan Tun yang ketika itu bermati-matian cuba mempertahan Anwar sambil menafikan tuduhan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa kali di tolak dan dinafikan oleh Tun namun akhirnya beliau berjaya menyakinkan Tun tentang perangai sebenar orang harapannya itu. Bertitik tolak dari situlah, Anwar akhirnya telah dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya didakwa atas tuduhan salah laku. Daripada kesalahan salah laku yang dilakukannya dia juga ada bertindak menyalah kuasa sebagai menteri kewangan. Segala peluang digunakannya untuk kepentingan diri secara tidak langsung telah menyebabkan Negara menghadapi masalah lanjutan dari perangai kejinya itu.

Setelah beberapa tahun merengkuk di dalam penjara, akhirnya mantan Perdana Menteri ini dibebaskan dari penjara, yang kini bertindak untuk menerajui PKR (Parti Keadilan Rakyat). Didalam PKR berlakunya beberapa pergolakan dalaman yang sering tidak berpuas hati dengan pimpinan kerajaan. Kini, di dalam partinya sendiri mempunyai perbalahan mengenai sikapnya yang terlalu prejudis terhadap golongan korporat. Semakin banyak kepincangan berlaku di dalam PKR yang menandakan kelemahan tunggak pimpinannya terserlah.

Sekiranya Anwar bertanding di dalam pilihanraya umum yang akan datang, maka gelaplah masa depan Anwar. Kenapa boleh jadi begitu…? Pada saya, Anwar tidak akan menang di dalam pilahanraya umum yang akan datang , sebaliknya ia akan mengaibkan Anwar sekali lagi. Walaupun pelbagai usaha atau helah yang akan Anwar rangka tetapi tidak bermakna kerana perjuangannya telah meniti kemerosoton yang maha mengecewakan pada dirinya saat ini.

Namun apa yang bakal menjelang pada pilihanraya nanti adalah sesuatu yang tidak akan memberikan persaingan pada kerajaan sekarang. Kita seharusnya lebih matang di dalam mentafsir sifat kepimpinan yang ada pada pemimpin sekarang supaya kita tidak tersilap mencalonkan dalang di dalam parti nanti.

6 comments:

Anonymous said...

umno pengkhianat bangsa melayu, hidup reformasi!!!

Anonymous said...

hebat betol karangan cite bohong ni. weeiiii, budak kecik bleh la pecaya cite bohong camni. ape ko ingat cuma dgn kaco bini org, bole jatuhkan DSAI dr TPM ke masa tu? bengong.

kot ye pun nak wat cite bohong, cipta la 1 cite yg terhebat. ckp la anwar tu bersekongkol dgn BUSH ke, ejen CIA ke, logik la sket utk diterima pakai.

setakat cite bohong camnie, sape la yg nak pecaya. mana die rakaman perbualan tu? mana2? talk without proof is cheap la

Anonymous said...

komen tu betul 1001%, insyaallah kita lihat lah nanti ok ..

Anonymous said...

DSAI memang tak betul. kalau dia betul kenapa lari ke kedutaan Turki?Kenapa tak mau bersumpah menyenangkan semua orang tak payah nak tunda tunda kesnya.
Masa jadi TPM dulu masa tu lah rasuah wang dalam umno mula timbul.Kalau tak masakan semangat 46 timbul.
Selalu pegi overseas jumpa siapa ntah.Pergi kutuk negara ,cakap macam macam.Nak explain pasal kes tentang hakim mendapati dia ada melakukan perbuatan homoseks walaupun dia dibebaskan,berkerut kerut muka nak menjawab.
Kalau dia betul muka dia akan bersih tak payah nak berkerut kerut.
Dalam satu artikel temuramah dia mengatakan denagan ketawa bahawa dia bukan seorang yang alim tapi di Malaysia wah bukan main. Masa nak ditangkap barulah cakap nak sembahyanglah.
Hei kalau aku lah tak masa aku nak ikut politik macam ni.Hidup kita ni simple ja. Tapi kalau ada orang nak menyusahkan sebab peribadi..hai tak da masa aku nak melayan.
Kalau dia betul tak adalah dakwaan baru makin lama makin timbul.
Kepada penyokong2 DSAI, fikir betul2.Kalau DSAI ni tak ada duit siapa yang bayar kos dia pergi overseas. Bila isu baru timbul ,pergi overseas. Lepas tu balik bila dah reda....sudahlah . Kalau DSAI pergi umrah tiap2 tahun tak palah.

Anonymous said...

Yang sebenarnya puak-puak PKR ni buta mata dan buta hati bodoh macam lembu, bodoh sombong serta bodoh2 yang sewaktu dengannya..sebab tu..lah yang dok percaya sangat dengan Anwar. Tunggu lah Pilihan raya umum nanti..kita tengok wakil2 rakyat PKR balik kampung tanam pisang. time tu puak2 PKR nak cakap apa pulak..kerajaan beli undi? ingat lah wahai puak2 PKR kemenagan kamu yang dulu tu..bukan kerana orang sokong kerana kamu tu betul, undi yang kamu dapat dulu hanya lah undi protes terhadap kerajaan waktu iyu sahaja.

Anonymous said...

Anwar tu tak de masa depan....kalau dia brani pegilah buat umrah betobat... depan Kaabah minta petunjuk dari Allah.... kenapa bila ajak bersumpah takut memanjang...nak ambik DNA mengelak2... kepada pengikutnya bla lah dari menyokong anwar nii... nanti hang pa pun sama merudum... sebab kebodohan yang MUROKAB !