Friday, September 21, 2007

Mayat Nurin diBawa Pulang.


Jazimin turut mengusung mayat Nurin ke dalam kereta jenazah di bilik mayat Hospital Besar Kuala Lumpur untuk dibawa pulang ke Wangsa Maju.


TERBARU : Jazimin terima hakikat mayat dalam beg itu adalah Nurin.
Hanya orang yang pernah melaluinya dapat merasai hiba dalam ertikata sebenar. Kata orang ‘hilang’ mati yang sempurna mungkin tidak seberat ini yang perlu ditanggong. Apa lagi sejak 20 Ogos lalu Norazian Bistaman,ibu kepada Nurin Jazlin hari demi hari perlu berdepan dengan saat-saat yang sukar diterjemahkan dalam bentuk kata-kata.

Mayat yang disangka anaknya terbujur kaku di bilik mayat Hospital Besar Kuala Lumpur sejak Isnin lalu tanpa kepastian ‘ ya atau tidak’. Akhirnya pagi Jumaat ‘khabar buruk’ menjelma bagi semua yang mengharapkan itu bukan Nurin.

Bapanya,Jazimin menerima hakikat mayat kanak-kanak malang yang ditemui dalam beg itu sebenarnya adalah Nurin.

Thursday, September 20, 2007

Hadi Awang Serangga Perosak Bertukar Ketua Perusuh

Tidak dinafikan bahawa Hadi Awang merupakan orang yang berperanan besar didalam mentabir strategi perjuangan PAS. Beliau turut mempunyai pengaruh yang hebat di dalam parti tersebut, justeru itu Hadi juga merupakan ketua gerak tempur Pas yang berhati busuk.

Tidak salah dan tidak keterlaluan andainya sahabat memberi pandangan dan juga gelaran kepada ketua pembangkang itu dengan gelaran Hadi ketua perusuh yang banyak menghuru-harakan negara kita.

Dengan kuasa yang ada Hadi banyak mempengaruhi dan meracuni pemikiran pengikut-pengikutnya agar membenci pada kepimpinan negara. Bagi Hadi, adalah menjadi satu kepuasan sekira usahanya selama ini untuk menyerapkan perasaan benci rakyat kepada pemimpin negara berjaya diadaptasikan sepenuhnya oleh mereka.

Beliau sering menabur fitnah dan memutar belitkan cerita agar menjadi panas walaupun beliau tidak mempunyai fakta yang tepat dan nyata satu pembohongan yang segaja direka cipta dengan tujuan untuk membakar dan menyemarakan semangat pengikutnya supaya hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan pusat.

Apabila situasi ini sudah sebati dalam diri penyokong-penyokongnya, maka tidak mustahillah akan berlakunya drama tunjuk perasaan. Mereka juga tidak segan silu untuk bertindak ganas dan lebih malang lagi sanggup menghina kedaulatan negara sepertimana tragedi pembakaran jalur gemilang sepertimana yang berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pernah suatu hari sahabat menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh parti PAS yang telah diadakan di Markas mereka yang terletak di Taman Melewar, Kuala Lumpur, dimana salah seorang penceramahnya, adalah Hadi Awang.

Kehadiran sahabat disana bukanlah untuk memberi sokongan pada PAS tetapi kerana diajak oleh rakan yang begitu mengagong-agongkan kepimpinan Hadi. Katanya, Hadi adalah pejuang Islam yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan sebagainya...

Apa ertinya semua ini, bukankah Malaysia sekarang ini sudah sebuah negara Islam dan sejak bila pula negara ini bertukar status bukan negara Islam.

Dengan desakan darinya rakan, sahabat terpaksa akur lantas mengikuti ceramah tersebut. Tak sampai lima minit berada di perhimpunan PAS tersebut, hati sahabat berasa tersentak dan sakit hati apabila mendengar begitu lantangnya Hadi Awang mengutuk dan mencerca kepimpinan Pak Lah dalam mentabir negara.

Ucapan Hadi Awang pada malam itu banyak kepada unsur-unsur kebencian yang membuak-buak pada kepimpinan kerajaan, seolah-olah negara ini berada di alam darurat. Apa saja yang dilakukan oleh pihak kerajaan semuanya tidak betul, haram dan merosakkan akidah terutamanya kepada golongan remaja kini.

Tanpa berasa bersalah Hadi menunding jari pada kepimpinan kerajaan pusat, katanya merekalah yang harus bertanggungjawab diatas segala pergolakan yang berlaku didalam negara ini. Beliau mendakwa kerajaan tidak amanah melaksanakan tanggungjawab mentabir negara.

Kerajaan pimpinan Pak Lah juga dikatakan turut menindas rakyat, tidak ambil peduli dengan kesusahan dan kepentingan rakyat. Katanya, orang yang berkuasa akan bertambah kaya dan kepada mereka yang miskin pula akan bertambah miskin dan merempat.

Hadi juga tidak terkecuali untuk mempertikaikan sistem kehakiman negara yang kononnya lemah dan banyak berpihak kepada kerajaan pusat. Kes yang melibatkan menteri atau orang-orang kenamaan selalunya pasti akan lebih memihak pada mereka. Manakala hakim pula dianggap boneka semata-mata dan mendakwa yang menentukan hukuman adalah kerajaan pusat.

“Pihak berkuasa semuanya tidak boleh pakai, lemah dan pegawainya banyak makan rasuah, kerja malas. Tangkap orang yang tidak bersalah dan menutup sebelah mata pada orang yang benar-benar melakukan kesalahan,”inilah antara ungkapan yang sering keluar dari mulut Hadi setiap kali beliau diberi peluang untuk berucap.

Hadi juga sering membuat seruan agar rakyat harus menentang kerajaan walau dengan cara apa sekali pun dengan alasan untuk menegakkan Islam. Kononnya, parti Pas sahajalah yang memperjuangkan agama Islam dan akan membawa negara ini ke arah sebuah pentadbiran yang berlandaskan ajaran al-Quran dan hadis.

Adakah ajaran Pas yang dipimpin oleh Hadi Awang benar-benar mengikut landasan agama Islam, jika benar kenapa berlakunya rusuhan dan mengapa pula mereka sanggup menabur fitnah dan menanam kebencian kepada kepimpinan negara, sedangkan dalam ajaran Islam itu sendiri tidak pernah mengajar agar umatnya bertindak ganas dan membenci saudara sesama Islam.

Wajarkah seseorang yang mengaku mempejuangkan ajaran Islam mengutuk dan menghina saudara sesama Islam. Jika tidak, mengapa pula ini berlaku didalam parti PAS dan apakah tujuan sebenarnya perjuangan mereka…Mungkin juga semua yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi individu-individu tertentu sahaja?

Sekiranya seseorang pemimpin PAS mempunyai pendirian yang teguh kepada ajaran Islam, mengapa mereka sanggup bermusuhan dengan orang lain yang seagama dengan mereka? Sedangkan Rasulullah sendiripun pernah menganggap orang kafir itu sahabat.

Hentikanlah keganasan dan rasa benci yang kini begitu menebal bersarang dalam jiwa pemimpin dan juga penyokong parti Pas. Kerana ia dibimbangi kelak akan mampu memberikan imej yang kurang baik kepada Islam itu sendiri dan sekaligus memungkinkan hilangnya kreadibiliti para pemimpin Pas itu sendiri di mata penyokong mereka sendiri.

Wednesday, September 19, 2007

Merindui mu di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Written by TepakBersulam
www.tepakbersulam.com

Ramadhan Al-Mubarak sentiasa berlabuh di setiap hujung tirai tahun dengan warna - warni dan kepahaman pengertian yang tersendiri.Berbeza dengan zaman kanak-kanak ku dahulu setiap kali selepas terawih kami berkumpul di kawasan lapang yang hanya disinari api dari corong-corong pelita dan bukannya nion yang berkelip dari kuasa eletrik serba kemodenan.

Hari ini anak-anak berlari di jalan-jalan raya kerana, itu sahaja tanah lapang yang ada di hadapan rumah mereka. Sekali sekala terpaksa berlari ke tepi jika ada kereta yang lalu melintasi. Entah anak siapa kita pun kurang pasti melainkan yang kita tahu mereka adalah anak jiran kita.

Lain ketika di kampung dahulu , kita mengenali setiap anak-anak yang bermain di kawasan yang lapang walaupun gelap kerana yang pastinya mereka adalah anak Mak Long, Mak Ngah, Mak Lang dan juga cucu Wan Jarah, cucu Wak Katiman dan mungkin anak-anak Pak Chik yang baru pulang dari Kuala Lumpur.

Ramadhan Al-Mubarak sering membuat ku termenung sendirian di meja kopi hadapan rumah ku sambil merenung pokok bonzai dan hijauan lain yang di tanam dalam pasu sambil mendengar rintihan air terjun buatan manusia.

Walaupun, aku rindu suasana yang gelap di dalam kebun getah dan bunyi nyanyian sang cengkerik. Mungkin anak-anak sekarang tidak pernah tahu pada waktu ku di kampung dahulu bunyi burung tatibau sentiasa ditunggu kerana itu menandakan masuknya waktu berbuka puasa.

Namun yang paling aku rindu ialah deheman batuk ayah sambil menghisap rokok tiga limanya di anjung rumah dan ketika itu aku sedang duduk di ruang gelap di atas tangga di hadapan rumah.

Aku juga merindui akan suaranya memanggil ku sesekali sekala apabila dia merasakan mahu berbual dengan ku.

Ayah hanya boleh berbual dengan ku sahaja kerana anak-anaknya yang lain agak sukar untuk berinteraksi dengannya. Lagipun aku anak yang sulung dan aku rajin melayan dan mendengar rintihannya dan mendengar nasihatnya yang kadangkala agak rethorik.

Bagi ku jika aku tidak mendengar segala ini siapa lagi yang akan mendengar. Tapi hari ini aku tidak akan lagi mendengarnya. . Aku tidak lagi dapat berbuka puasa dengannya dan melihat dia memakan makanan kesukaannya, rojak mee, di mana makanan ini menjadi makanan kesukanan ku pula dan wajib bagiku pada setiap waktu berbuka di hari yang pertama.

Ayah telah pulang ke rahmatullah pada pertengahan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 2004. Kini sudah tiga tahun aku tidak menyambut Ramadhan bersamanya. Ramadhan bersama ayah yang sentiasa ku rindui.

Walaupun sudah tiga tahun berlalu wajahnya masih segar bermain di fikiran ku . Namun bagiku semuanya baru saja berlaku semalam.

Namun hakikatnya kini sudah tiga tahun juga lamanya aku tidak lagi merayau-merayau ke lorong-lorong masjid India untuk mencari jubah raya, baju kemeja, seluar , songkok dan kasut raya untuknya.

Setiap penghujung Ramadhan hati ku merasa sayu kerana tidak lagi dapat membeli barangan tersebut seperti lazimnya dahulu.

Aku juga tidak lagi dapat mendengar takbir raya yang nyaring dari ruang sembahyangnya. Aku juga tidak akan dikejutkan lagi dengan takbir raya di subuh Aidilfitri dari tempat solatnya. Aku rindu akan suaranya.

Seawal subuh dia dan aku akan keluar rumah untuk menziarahi pusara ayah dan ibu serta abang dan kakaknya. Setiap tahun juga dia berpesan kepada ku agar mengingati kedudukan pusara ini dan jika dia tiada lagi. Ziarahilah pusara-pusara ini. Aku sangat merindui sat-saat ini. Kini tiada siapa yang akan membawa aku menziarahi pusara-pusara itu lagi dan aku tidak pasti akan dapat melakukanya sendiri.

Selepas ziarah pusara itu, kami akan ke masjid bersama-sama untuk menunaikan solat Aidilfitri. Aku akan merindui saat ini sepanjang sisa-sisa kehidupan ku.

Tiga tahun aku tidak pulang pada hari raya pertama dan akan pulang hanya pada hari raya ketiga kerana di kampungku akan mengadakan kenduri tahlil pada pagi raya ketiga. Aku akan pastikan aku akan sentiasa akan pulang dan bersama-sama orang kampung berhari raya di tanah pusara dan berada di sisi pusara ayahku dihari ini.

Ramadhan Al-Mubarak akan sentiasa membawa kenangan ku padanya. Bila aku terlalu merinduinya aku akan menghidupkan enjin kereta ku dan membawanya tanpa arah dan aku akan menangis memanggilnya dan menyatakan bahawa aku rindu padanya.

Setelah reda aku akan pulang dan melakukan sembahyang sunat dan mendoakan agar roh ayah ku yang ku sayangi ditempatkkan bersama-sama para ambiah dan orang-orang yang beriman serta jauhi nya dari seksa kubur.

Pasti tidak dapat aku melupakan sepanjang kehidupan ku akan saat akhir bersama ayah yang ku sayangi ini, dua minggu terakhir apabila aku dan adik-adik meninggalkan segala urusan di dunia untuk bersamanya di saat dia sememangnya memerlukan kekuatan untuk pulang ke sisi Allah S.W.T.

Ayah mengidap penyakit kencing manis dan lukimia.

Aku juga tidak akan melupakan janji-janji ku padanya dan kata-kata akhirku kepadanya ketika dia sedang menghadapi persimpangan untuk kembali ke Alam Barzakh dan meninggalkan dunia tumpangan ini.

Bisik ku ditelinganya ," Pulanglah ayahku, lupakan segala urusan dunia ini dan pulanglah dengan tenang dan kami redha akan kepulangan mu. Segala tanggungjawab mu akan ku ambil alih , lupakanlah dunia ini. Pulanglah ayah ku ke alam kekal kita".

Lantas aku mencium kakinya memohon ampun atas segala dosa ku dan beredar pulang ke Kuala Lumpur kerana terpaksa bertugas setelah dua minggu di kampung. Mungkin rezeki ku hanya sekadar di situ bersamanya dan tidak dapat menatap wajahnya kembali namun aku puas kerana telah melakukan segala yang terbaik buatnya.

Sehari di Kuala Lumpur , setelah selesai bersahur aku menerima panggilan dari adik ku yang membawa berita yang tidak akan aku lupakan selama-lamanya. Ayah telah pulang ke rahmatullah meninggalkan kami semua.

Aku tersentak melutut kaku lantas hati kecil ku berkata daripada mu kau datang dan kepadamu jua kau kembali. Aku redha akan kepulangan mu dari menanggung seksa kesakitan di dunia ini.

Tahun ini aku tetap akan merindui saat kita bersama melalui Ramadhan Al-Mubarak. Jauh di lubuk hati ku berkata dan dapat merasakan ayah sayang pada ku dan ayah menyanyangi kami sekeluarga sebagaimana ku dan semua ahli keluarga menyanyanginya.

Namamu akan terus bersemadi selagi jasad ku dikandung badan . Kasih kami tidak akan pudar dan kenangan bersamamu akan sentiasa segar selama-lamanya . Kami sentiasa merinduimu . Ayahanda ku Sgr Abu Bakar Bin Md Yatim no angota Polis Di Raja Malaysia 4760 - Al Fatehah. Amin.

GANJARAN RM5000




Friday, September 14, 2007

Pas Penipu Besar



"Click" imej di atas untuk paparan yang lebih jelas...

Anwar Dalang Yahudi.


"Click" imej di atas untuk paparan yang lebih jelas...

Bulan Ramadhan Penuh Berkat

Umat islam sekali lagi telah dikunjungi oleh bulan ramadhan yang penuh berkat. Marhaban ya ramadhan...

Bagi pecinta - pecinta bulan ramadhan, mereka memang menantikan kedatangan bulan ramadhan dengan penuh senang hati.

Kerana di bulan ramadhan inilah mereka akan lebih bermotivasi untuk beramal soleh dan melakukan berbagai - bagai kebaikkan didalam masyarakat mereka.

Siang hari mereka akan berpuasa ...sementara dimalam hari mereka akan mengerjakan berbagai - berbagai amal ibadah dan kebaikkan. Semoga segala amal kebaikkan mereka akan diredai olih Tuhan....Amin.

Pembangkang Yang Biadap





Tindakan tegas harus diambil kepada parti pembangkang yang bertindak keterlaluan membakar jalur Gemilang. Memang wajar sekiranya kerajaan bertindak membuang negara orang yang membakar jalur gemilang dalam kejadian rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang lalu.

Membakar jalur gemilang itu seolah-olah membakar dan menjatuhkan maruah sendiri dan ia tidak patut berlaku ketika negara masih meraih ulang tahun ke-50 kemerdekaan, masih ada lagi masyarakat yang berfikiran cetek sehingga sanggup membakar bendera yang menjadi lambang kebanggaan negara.

Penyokong pembangkang sanggup melakukan apa saja kerana tertekan selepas rakyat Terengganu tidak lagi menyokong perjuangan parti mereka dan mereka sebenarnya mereka semakin gelisah kerana rakyat di akar umbi khususnya generasi muda mula menolak serta tidak lagi mempercayai apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang .

Kini rakyat Terengganu tidak lagi memberi peluang kedua kepada parti pembangkang untuk memerentah kerana rakyat Terengganu sudah merasai betapa pahitnya ketika mereka berada dibawah pemerintahan Pas pada suatu ketika dahulu.

Tindakan Bodoh Dari Parti Pembangkang Merusuh.






Pengikut parti pembangkang menggunakan taktik lama dengan mencetuskan rusuhan apabila pihak berkuasa polis tidak membenarkan mereka berceramah di Pantai Batu Buruk.
Ini adalah satu taktik yang sengaja dirancang oleh parti pembangkang yang gagal membangunkan nageri itu.

Berikut adalah laporan dari media massa Bahasa Malaysia.

Berita Harian.

KUALA TERENGGANU: Empat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang selepas polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri perhimpunan haram di Batu Burok dan Jalan Sultan Mahmud di sini, malam kelmarin.
Seorang daripada empat anggota polis itu, Azmi Husin, 29, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat cedera di tangan terkena kaca yang dibaling perusuh di tempat letak kenderaan Hotel Permai Inn. Tiga lagi anggota polis dirawat di hospital yang sama sebagai pesakit luar.

Dua lagi lelaki, masing-masing berumur 21 hingga 38 tahun turut cedera di bahu dan leher akibat terkena tembakan dilepaskan seorang konstabel yang mempertahankan diri dan kini dirawat di HSNZ.

Seorang lagi perusuh turut dimasukkan ke HSNZ akibat cedera di kepala terkena balingan batu.
Polis menahan 23 lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun kerana membaling batu, botol, kayu dan bom api ke arah anggota polis serta merosakkan harta benda awam termasuk membakar Jalur Gemilang pada perhimpunan haram bermula 10 malam itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata kira-kira 11.45 malam, seorang anggota polis menjalankan tugas berhampiran kawasan tempat letak kereta Permai Inn dihampiri kira-kira 20 lelaki yang bertindak mengugut dan memukulnya dengan kayu.

“Ketika hendak beredar, seorang lagi lelaki memegang bahunya dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis daripada Cawangan Khas dan terus bertindak memukul mangsa dengan kayu menyebabkan mangsa terjatuh.

“Penyerang terbabit berterusan menyerang anggota berkenaan hingga terkena kepala menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan dua das tembakan bagi mempertahankan diri. Tembakan itu menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan dia sempat lari ke arah pasukan FRU di kawasan berhampiran,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.

Ayub menjelaskan, polis tidak mengeluarkan permit bagi perhimpunan itu kerana terletak berhampiran kawasan perumahan pegawai kerajaan, yang dianggap tidak sesuai.

Sebelum ini, katanya, polis memanggil penganjur yang bertanggungjawab membawa Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim, serta beberapa penceramah lain termasuk Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Triang, Leong Ngah Ngah dari DAP, bagi membincangkan soal permit.

“Kita bercadang untuk meminta mereka memindahkan kawasan ceramah ke Rusila. Namun sehingga jam 6 petang kelmarin, wakil mereka gagal hadir untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Bagaimanapun kira-kira jam 9 malam tadi (kelmarin) polis menerima maklumat bahawa perhimpunan itu akan tetap diadakan menyebabkan kami mengambil langkah pencegahan di kawasan perhimpunan itu termasuk mengadakan sekatan jalan,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 10 malam, antara 300 hingga 400 orang cuba merempuh sekatan berkenaan dengan bertindak agresif terhadap kira-kira 350 anggota polis dan FRU dengan membaling pelbagai objek termasuk bom molotov, kayu, besi, botol dan batu.

Pada masa sama, polis turut menahan sebuah bas di Jalan Temasya Batu Burok yang cuba masuk ke kawasan kejadian dan perbincangan diadakan supaya mereka bersurai namun mereka enggan menyebabkan timbul ketegangan sehingga memaksa FRU melepaskan gas pemedih mata dan tembakan air.

Ayub berkata, polis mengeluarkan amaran sebanyak lima kali meminta perusuh bersurai, tetapi keadaan semakin teruk apabila mereka bertindak lebih agresif.

“Melihat keadaan yang semakin tegang, polis mengambil pendekatan berundur bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh perusuh untuk memusnahkan harta benda awam termasuk mencabut pokok hiasan, pasu bunga dan lampu isyarat.

“Keadaan reda kira-kira jam 2 pagi dengan keseluruhan tangkapan seramai 23 orang yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan,” katanya.

Sementara itu, polis semalam mendapat perintah tahanan reman ke atas empat lelaki bagi membantu siasatan termasuk yang cedera terkena tembakan dan dirawat di HSNZ.

Lelaki yang cedera berusia 21 tahun dari Kampung Masjid Pasir Panjang, di sini direman lima hari mulai semalam mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, manakala tiga lagi direman antara dua hingga empat hari.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki yang cedera itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Muhd Rusli Ahmad di HSNZ, manakala tiga lagi dibawa ke Mahkamah Majistret.Beliau berkata, 17 lagi lelaki berusia antara 20 hingga 30-an yang ditahan malam kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam.
Utusan Malaysia.

KUALA TERENGGANU 9 Sept. – Kira-kira 750 orang dipercayai pengikut parti pembangkang merusuh dan menyerang polis selepas mereka diarah bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan haram di Jalan Sultan Mahmud di sini, malam tadi.

Dalam rusuhan yang dianggap terburuk sejak gerakan reformasi ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 itu, polis bertindak menahan 23 orang daripada mereka yang berumur lingkungan 20-an hingga 30-an.

Daripada jumlah itu, empat orang termasuk seorang yang berumur 21 tahun dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat cedera terkena tembakan, ditahan reman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kumpulan perusuh terbabit bertindak liar dan ganas membaling batu, besi, kayu dan botol menyebabkan tujuh orang termasuk empat anggota keselamatan cedera.

Malah, perusuh turut membaling bom api sehingga menyebabkan kerosakan awam dan harta benda penduduk bernilai kira-kira RM1 juta.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob pada sidang akhbar hari ini berkata, seorang polis berpangkat konstabel terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan dirinya setelah dipukul oleh 20 lelaki ketika dia mengawal keadaan di tempat letak kereta Hotel Permai Inn menyebabkan dua perusuh cedera.

“Tembakan itu berjaya menyuraikan penyerangnya dan membolehkan anggota itu menyelamatkan diri dengan menuju ke arah pasukan FRU yang berada di kawasan berhampiran,” ujarnya.

Berhubung perhimpunan itu, Ayub menjelaskan, pihaknya ada menerima permohonan tetapi permit tidak dikeluarkan kerana kawasan yang dicadang penganjur tidak sesuai.
Katanya, kawasan itu bukan sahaja sempit tetapi terletak berdekatan dengan sebuah kawasan perumahan pegawai kerajaan.

Ceramah itu dijadual menampilkan Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim; Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Anggota Dewan Undangan Negeri Triang, Pahang, Leong Ngah Ngah dari DAP.

“Kita panggil penganjur perhimpunan untuk membincangkan soal permit dan polis mencadangkan supaya perhimpunan itu dipindahkan ke Rusila di Marang.“Namun, sehingga pukul 6 petang semalam, wakil penganjur tidak hadir untuk membincangkan perkara itu dan oleh itu, permit tidak dikeluarkan,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Ayub, kira-kira pukul 9 malam polis menerima maklumat bahawa perhimpunan itu akan tetap diadakan dengan 250 orang berkumpul di kawasan belakang Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan 500 orang lagi di hadapan Hotel Permai Inn.

Katanya, ia menyebabkan polis terpaksa mengambil langkah pencegahan mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk dan jalan menuju ke Jalan Sultan Mahmud.

Menurutnya, dalam sekatan itu, polis menahan sebuah bas di Jalan Temasya, Batu Buruk menyebabkan timbul ketegangan sehingga memaksa FRU campur tangan.

Katanya, keadaan semakin meruncing pada kira-kira pukul 10.30 malam sehingga memaksa polis mengeluarkan amaran sebanyak lima kali untuk meminta perusuh bersurai.

Namun, jelas beliau, keadaan semakin teruk apabila mereka bertindak liar dan ganas termasuk membaling bom molotov memaksa pihak polis berundur dan kesempatan itu digunakan oleh perusuh untuk merosakkan harta benda awam.

Katanya, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Pasukan keselamatan katanya, terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air terhadap kumpulan perusuh itu dan keadaan hanya reda kira-kira pukul 2 pagi.

Menurutnya, dua lelaki berumur 21 dan 38 tahun yang terkena tembakan ketika menyerang anggota polis tersebut cedera di bahagian bahu dan leher kini ditahan di HSNZ di sini.

Selain itu, tambah beliau, seorang anggota FRU dan seorang lagi perusuh turut dimasukkan ke hospital sama akibat kecederaan dipercayai terkena kaca dan batu.

Katanya, polis juga akan membuka kertas siasatan berhubung kes anggota polis melepaskan tembakan selain menyiasat penganjur perhimpunan itu.

Ayub berkata, lelaki yang dirawat di HSNZ itu ditahan reman lima hari bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Katanya, seorang lagi direman empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata-senjata maut dalam rusuhan.

Sementara dua orang lagi direman tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Merbahaya 1958.

Husein Lempoyan Memperbodohkan Datuk Kamal Amir.

Terguris dihati apabila wujudnya blog yang mempertikaikan kreabiliti Perdana Menteri Malaysia, malahan cara penulisan didalam blog tersebut hanyalah cerita rekaan berunsur fitnah mengenai Pak Lah.

Pak Lah adalah Perdana Menteri dan kita sepatutnya menghormati Pak Lah seperti bapa, bukannya memperkecil-kecilkan dengan mengutuk beliau. Ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila pemimpin seperti Pak Lah dengan sewenang-wenangnya diperlekehkan, dihina, dikutuk oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Tidakkah mereka merasakan perbuatan mereka itu salah dan tidak bertanggungjawabkepada negara, dimanakah letaknya kejujuran mereka pada negara, dimanakah ketaatan mereka pada negara yang dicintai dan apa guna jika hanya sekadar menyanyikan lagu negaraku tetapi tidak dapat menghayati makna lagu tersebut.

Bloger-bloger ini sebenar adalah penghianat negara, mereka ini terdiri diri penulis upahan dari pihak pembangkang, justeru itu mereka ditugaskan untuk memporak - perandakan orang-orang UMNO agar rakyat membenci UMNO. Bloger-bloger upahan akan mereka-reka cerita palsu dengan niat agar rakyat akan mempengaruhi kata-kata mereka.

Tercetusnya kisah Husein Lempoyan memfitnah Pak Lah dengan ayat melalui peti simpanan ringkas, “Pak Lah tertido, tak dapat menghadiri majlis pelancaran buku ‘Lilin Membakar Diri’ yang berlangsung di Hotel Seri Pacific”.

Si penerima pesanan ringkas tersebut adalah penulis undangan Malaysia-Today, Datuk Kamal Amir, katanya, beliau menulis hanya mengikut fakta pesanan ringkas yang beliau terima dari Husin Lempoyan yang secara tidak langsung telah diperbodohkan oleh Husin Lempoyan.

Kononnya Kamal menulis untuk menegakkan kebenaran dan Kamal benar-benar percaya pada pesanan ringkas tersebut, kerana gilakan nama dan mahu dikenali sebagai penulis blog teragung, Kamal sanggup menghentam dan mempersendakan Pak Lah tanpa mempunyai fakta dan bukti yang kukuh bagi kenyataannya.

Terasa sedih dan terhina juga apabila membaca kritikan dari Kamal serta apa yang memalukan lagi adalah pada bait-bait komen yang mengutuk dan mencerca perdana menteri kita tambahan pula tuduhan yang dibuat tidak benar sekali.

Pada hal, Pak Lah hanya dimaklumkan sahaja akan pelancaran buku tersebut dan Pak Lah langsung tidak terbabit di dalam majlis tersebut. Malahan Pak Lah tidak dijemput hadir ke Majlis tersebut kerana beliau ada tugas rasmi beliau pada pagi tersebut.

Hairan rakyat Malaysia sendiri sanggup memperlekehkan kreabiliti Perdana Menteri, manusia jenis apakah mereka ini. Dimanakah rasa hormat mereka kepada Perdana Menteri Malaysia. Perbuatan menghina dan mengutuk Perdana Menteri biasanya dilakukan oleh orang yang benci pada negara dan sememangnya mereka ini adalah orang yang betul-betul mempunyai pemikiran jahat dan tidak mempunyai rasa hormat kepada negara.

Apa yang kita harapkan adalah kemakmuran di dalam negara bukan kekucar-kaciran yang menyebabkan semua menyalahkan pimpinan Pak Lah. Seharusnya penulis materialistik seperti ini tidak diberikan ruang untuk menulis kerana merana hanya akan meracuni minda seluruh rakyat yang inginkan kedamaian.

Mereka hanya mementingkan wang dan kebendaan hasil dari pekerjaan haram yang mereka lakukan dengan memfitnah orang apatah lagi mengenakan seseorang yang tidak bersalah. Dalam hal ini, semua rakyat perlulah peka dengan segala tipu helah dan muslihat anasir-anasir jahat seperti Kamal dan Husin Lempoyan.

Rahsia Kejatuhan Anwar Ibrahim.

Apabila teringat kembali zaman kegemilangan Anwar di masa silam hampir menitis air mata dibuat ribuan penyokong yang menjadi tulang kepada pentadbirannya. Anwar sudah hampir dipuncak kegemilangannya pada suatu ketika dahulu, dan akhirnya tumbang di atas kesilapannya sendiri tidak prihatin tentang tanggungjawab di dalam politik.

Memang tidak ramai yang mengetahui kenapa Anwar diaaibkan secara tiba-tiba. Seribu persoalan bermain diminda kerana ia merupakan birokrasi yang melibatkan peristiwa politik golongan yang di anggap bukan calang-calang. Bukan ingin membongkarkan cerita yang sudah basi , tetapi apalah salahnya jika kita berkongsi pengalaman bersama untuk merenung kembali sejarah yang pernah berlaku suatu ketika dulu ketika kita sedang rancak memperkatakan tentang pemimpin yang layak dijadikan sebagai pengganti Tun .

Anwar yang bersifat alim dan warak sebenarnya menyembunyikan seribu kemungkaran di dalam dirinya, jika dilihat pada zahirnya kita akan menyangkakan yang Anwar ini boleh dipercayai dan boleh menjadi seorang pemimpin yang berwibawa tetapi sebaliknya yang berlaku.

Rahsia Anwar terbongkar apabila hadir seorang insan yang memberanikan diri menceritakan tentang keburukan dan kemungkaran yang pernah dilakukan oleh Anwar. Insan yang mengaku pernah menjadi sahabat baik bekas Timbalan Perdana Menteri ini tanpa segan silunya menceritakan bahawa bekas sahabat baiknya itu sering menganggu isterinya. Terutama ketika ketiadaannya dirumah.

Anwar sering menghubungi isterinya dengan mengunakan perkataan romantik dan lucah yang sering mengajaknya keluar. Kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada Anwar, maka suami isteri tersebut mengambil keputusan untuk memerangkap Anwar dengan memasang alat perakam ditalian telefon rumah mereka untuk dibuktikan kepada umum.

Akhirnya mereka bernekad untuk memberikan salinan rakaman tersebut kepada Tun Mahathir yang ketika itu bertindak sebagai Perdana Menteri. Daripada pertemuan dan disertakan dengan bukti rakaman tersebut, beliau membongkarkan segala keburukan yang telah Anwar lakukan pada masa itu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Anwar pada masa itu amat disayangi oleh Tun. Dan ini menjadi kesukaran untuk beliau cuba menyakinkan Tun yang ketika itu bermati-matian cuba mempertahan Anwar sambil menafikan tuduhan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa kali di tolak dan dinafikan oleh Tun namun akhirnya beliau berjaya menyakinkan Tun tentang perangai sebenar orang harapannya itu. Bertitik tolak dari situlah, Anwar akhirnya telah dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya didakwa atas tuduhan salah laku. Daripada kesalahan salah laku yang dilakukannya dia juga ada bertindak menyalah kuasa sebagai menteri kewangan. Segala peluang digunakannya untuk kepentingan diri secara tidak langsung telah menyebabkan Negara menghadapi masalah lanjutan dari perangai kejinya itu.

Setelah beberapa tahun merengkuk di dalam penjara, akhirnya mantan Perdana Menteri ini dibebaskan dari penjara, yang kini bertindak untuk menerajui PKR (Parti Keadilan Rakyat). Didalam PKR berlakunya beberapa pergolakan dalaman yang sering tidak berpuas hati dengan pimpinan kerajaan. Kini, di dalam partinya sendiri mempunyai perbalahan mengenai sikapnya yang terlalu prejudis terhadap golongan korporat. Semakin banyak kepincangan berlaku di dalam PKR yang menandakan kelemahan tunggak pimpinannya terserlah.

Sekiranya Anwar bertanding di dalam pilihanraya umum yang akan datang, maka gelaplah masa depan Anwar. Kenapa boleh jadi begitu…? Pada saya, Anwar tidak akan menang di dalam pilahanraya umum yang akan datang , sebaliknya ia akan mengaibkan Anwar sekali lagi. Walaupun pelbagai usaha atau helah yang akan Anwar rangka tetapi tidak bermakna kerana perjuangannya telah meniti kemerosoton yang maha mengecewakan pada dirinya saat ini.

Namun apa yang bakal menjelang pada pilihanraya nanti adalah sesuatu yang tidak akan memberikan persaingan pada kerajaan sekarang. Kita seharusnya lebih matang di dalam mentafsir sifat kepimpinan yang ada pada pemimpin sekarang supaya kita tidak tersilap mencalonkan dalang di dalam parti nanti.