Thursday, October 25, 2007

PKR Merapu Lagi

Memang benarlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggotai oleh mereka yang rendah moral dan dangkal. Jika sebelum ini ketua Wanitanya, Zuraidah Kamaruddin membuat kenyataan bodoh dan kini seorang lagi pemimpin tertinggi mereka yang membuat kenyataan yang boleh dianggap boleh menjatuhkan maruah dan kreadibiliti parti mereka.

Kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Fariz Musa yang mendesak agar BPR menjalankan siasatan keatas Datuk Seri Azalina Othman Said, kononnya terlibat didalam isu penyelewengan pembelian peralatan IKBN sejumlah RM8.39 juta sepertimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini dianggap keterlaluan.

Menurut Fariz , sudah sampai masanya BPR tidak membudayakan ʽpenangkapan ikan bilisʼ semata-mata dengan melepaskan jerung yang akan terus membaham rakyat di masa akan datang dengan imuniti kuasa yang ada pada mereka.

Dari kenyataan tersebut jelas sekali memperlihatkan bahawa pemimpin tertinggi PKR yang juga Ketua angkatan Muda bodoh dan tidak mengikuti perkembangan semasa. Dia juga tidak sedar atau mungkin buat-buat lupa bahawa nama Menteri belia dan Sukan, Datuk Azalina sememangnya langsung tidak dikaitkan malah tidak terbabit dengan isu tersebut.

Ini kerana isu penyelewengan rasuah sepertimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara itu sebenarnya berlaku sebelum ahli majlis tinggi UMNO ini bergelar menteri lagi iaitu pada tahun 2002 dan 2003. Mana mungkin orang yang tidak terlibat dan tidak tahu langsung dengan skandal ini boleh diheret sama kemuka keadilan.

Menurut Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah(BPR), Ahmad Said, pihaknya telah membuat siasatan terhadap kementerian dan jabatan terbabit sebelum laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan lagi. Ini kerana maklumat serta lapuran mengenai penyelewengan tersebut telah diterima oleh pihaknya lebih awal dari itu.

Sementara itu Datuk Sri Azalina ketika dihubungi berkata, beliau telah mengarahkan telah kementerian memberi bantuan dan kerjasama kepada BPR didalam menjalankan siasatan. Beliau memberi sokongan seratus peratus kepada BPR untuk menjalankan siasatan dan berjanji tidak menyembunyikan apa-apa fakta.

Inilah buktinya Azalina seorang pemimpin yang bertanggung jawab serta berwibawa. Tindakan yang diambilnya terutama dalam hal-hal yang melibatkan salah laku serta rasuah dikalangan kakitangannya amat dititik beratkan.

Beliau juga bukan seorang yang pilih kasih kepada mana-mana pihak sekalipun, walaupun ia melibatkan pegawai atasannya beliau sendiri. Pada Azalina, gejala rasuah dikalangan pengawainya adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan akan memastikan mereka yang bersalah akan menerima pembalasan yang sepatutnya.

Monday, October 22, 2007

Pemuda Gesa Pemimipin Komponen BN Ikut Saluran Parti

Rembau -- Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak mengambil pendekatan popular sebaliknya berpolitik secara matang dan bertanggungjawab untuk kepentingan semua pihak.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ketika memberi ingatan itu berkata jika mereka mempunyai pandangan tertentu seperti mahukan lebih banyak kerusi pada pilihan raya, ia perlu dibuat melalui saluran dalaman parti.

"Saya langsung tidak bersetuju dengan parti komponen yang buat tuntutan seperti Parti Progresif Penduduk (PPP). Saya nasihatkan, kalau ada pendapat daripada Pemuda PPP yang ingin lebih banyak kerusi, ia boleh dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN atau mesyuarat Exco Pemuda BN.

"Hal sebegini sepatutnya tidak wajar diutarakan secara terbuka melalui pentas perhimpunan agung parti kerana ia merupakan tindakan mencari populariti dan amat mudah dilakukan", katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda UMNO Bahagian Rembau dan UMNO Cawangan Kampung Gadong di sini, Ahad.

Kelmarin, Ketua Pemuda PPP, T Murugiah, ketika berucap pada Konvensyen Pemuda parti itu di Kuala Lumpur mendakwa BN tidak menjadi sahabat yang baik dan setia kepada PPP yang membuat pengorbanan besar demi perpaduan dan kepentingan negara ketika menyertai BN pada 1972.

Murugiah mendakwa, PPP kini dianaktirikan dan semakin dilupai dan menyifatkan BN tidak jujur kerana enggan menunaikan janji dan memenuhi permintaan parti itu yang membabitkan pembahagian beberapa kerusi pilihan raya yang kini diambil oleh parti komponen lain.
Khairy Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata sebagai pemimpin parti, mereka tidak sewajarnya memainkan sentimen tanpa tanggungajwab.

"Perkara seperti ini bukan diutarakan dalam suasana perhimpunan agung yang kita semua tahu suasananya mencari populariti, dia mahu lontar idea-idea yang dapat sambutan dari bawah.
".. memang senang dan kita pun boleh buat, ramai orang suka dan akan sambut, tetapi kita sebagai pemimpin perlu matang dan jangan main sentimen tanpa tanggungjawab", ujarnya.

Usah Ambil Pendekatan Popular - Khairy

REMBAU 21 Okt. – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi ingatan kepada pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengambil pendekatan popular sebaliknya berpolitik secara matang dan bertanggungjawab.

Katanya, jika mereka mempunyai pendapat tertentu seperti mahukan lebih banyak kerusi pada pilihan raya, ia perlu dibuat melalui saluran dalaman parti.

Menurut beliau, pendapat sedemikian tidak wajar diutarakan secara terbuka melalui pentas perhimpunan agung parti kerana ia merupakan tindakan mencari populariti dan amat mudah dilakukan.

“Saya langsung tidak bersetuju dengan parti komponen yang buat tuntutan seperti Parti Progresif Penduduk (PPP). Saya nasihatkan, kalau ada pendapat daripada Pemuda PPP yang ingin lebih banyak kerusi, ia boleh dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN atau mesyuarat Exco Pemuda BN.

“Bukan diutarakan dalam suasana perhimpunan agung yang kita semua tahu suasananya mencari populariti, dia mahu lontar idea-idea yang dapat sambutan dari bawah... memang senang dan kita pun (Pemuda UMNO) boleh buat, ramai orang suka dan akan sambut, tetapi kita sebagai pemimpin perlu matang dan jangan main sentimen tanpa tanggungjawab,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda UMNO Bahagian Rembau dan UMNO Cawangan Kampung Gadong di sini hari ini.

Thursday, October 11, 2007

Ini Langkah Pertama…





Jam 9.21 malam Rabu rakyat Malaysia yang pertama berlepas ke angkasa lepas.
Perhatian seluruh negara bertumpu ke pusat pelancaran Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome ,Kazakhstan.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak serta kira-kira 1,800 para orang kenamaan menyaksikan detik bersejarah itu di Kuala Lumpur Convention Centre.
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35 akan berada di International Space Station (ISS),kira-kira 333 kilomiter dari bumi selama sembilan hari.
Soal istilah samaada mereka terbang sebagai 'angkasawan' atau ‘peserta penerbangan angkasa lepas’ seperti yang cuba ditonjolkan oleh Agensi Angkasa Lepas Nasional Amerika (NASA) sudah selesai.
Pihak Rusia mengitiraf mereka sebagai seorang angkasawan atau Cosmonaut. Apa sekalipun pandangan tentang pemergian angkasawan Malaysia ini...ini adalah langkah pertama.Setiap usaha mesti bermula dengan langkah itu

Wednesday, October 10, 2007

Amaran keras polis edar gambar autopsi Nurin dalam Internet

KUALA LUMPUR - Ekoran tersebarnya berita hari ini bahawa gambar-gambar autopsi kanak-kanak yang mati dibunuh Nurin Jazlin Jazimin disiarkan dalam Internet, polis memberi amaran keras bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mengedarkan gambar berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kesal dengan apa yang berlaku yang mengaitkan pembunuhan kejam kanak-kanak berumur lapan tahun itu begitu rupa.

“Saya telah melihat gambar-gambar yang disiarkan melalui e-mel dan telah membuat laporan.
“Penyiasatan sedang dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan saya memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu supaya berhenti berbuat demikian atau menghadapi risiko didakwa mengikut OSA atau didakwa memiliki bahan-bahan lucah,” katanya.

“Saya tujukan amaran ini khususnya kepada anggota saya sendiri (polis) kerana mereka yang mempunyai akses secara langsung kepada gambar berkenaan dan juga sesiapa yang kini memiliki gambar itu,” kata Khalid.

Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos selepas dia seorang diri pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju di sini.

Pada 17 September, mayat kanak-kanak itu yang dalam keadaan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah kedai di Petaling Jaya.

Hasil bedah siasat mendapati dia didera secara seksual, dengan terung dan timun dimasukkan ke dalam kemaluannya.

Polis menahan lima orang, termasuk seorang wanita, berhubung kes pembunuhan itu 10 hari selepas mayat kanak-kanak itu ditemui tetapi hanya wanita itu masih ditahan reman.

Empat lelaki terbabit dilepaskan empat hari kemudian setelah ujian DNA yang dilakukan terhadap mereka tidak sepadan dengan bahan asing yang ditemui pada mayat Nurin.

Menyifatkan penyebaran gambar-gambar itu sebagai perbuatan yang keji, Khalid berkata, kemungkinan pihak lain juga memilikinya.

Ditanya jumlah gambar yang dipaparkan dalam internet, beliau berkata: “Banyak, kira-kira seluruh set gambar berkenaan.”

Dr Sheikh Muszaphar dipilih berlepas ke ISS Rabu


BAIKONUR (KAZAKHSTAN) - Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35, dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan
Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas esok.

Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu akan berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.
Selain itu, jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya.

Beliau berkata, semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir.

Katanya, mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu, dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Rusia.

Jamaluddin berkata, beliau akan mengemukakan cadangan mesyuarat itu mengenai Dr Faiz kepada Kabinet sekembalinya dari pelancaran misi itu.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlakunya pertukaran krew misi dalam tempoh empat jam sebelum pelancaran.

“Saya juga telah mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan Malaysia kepada Rusia kerana menjadikan misi ini berjaya, yang amat bersejarah sempena kemerdekaan negara kita.

“Ia juga amat signifikan bagi Rusia kerana tahun ini sempena 50 tahun negara itu menghantar satelit pertamanya buatan manusia (Sputnik) ke angkasa lepas,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas dimaklumkan oleh mesyuarat jawatankuasa itu di sini hari ini.

Jamaluddin juga berkata, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Rusia kerana membantu saintis Malaysia membuat persediaan bagi kerja penyelidikan di angkasa oleh Dr Sheikh Muszaphar nanti.

Katanya, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz turut diberi kesempatan menyampaikan ucapan kepada jawatankuasa itu dalam Bahasa Rusia.

Program angkasawan negara itu adalah persetujuan timbal-balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia dan ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Tuesday, October 9, 2007

Tegur PM demi kebaikan

MUAR – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima teguran berhubung kerajaan di bawah pemerintahannya adalah satu sikap yang murni ditunjukkan pemimpin itu.

Menurut beliau, tindakan itu membuktikan Perdana Menteri seorang yang amat prihatin dalam tugasnya mentadbir negara ini apatah lagi masyarakatnya terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya, kaum dan agama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, tindakan Abdullah itu sekali gus dapat mengelak sebarang tohmahan atau fitnah yang sering disuarakan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengannya dalam laman blog.

‘‘Kenyataan Perdana Menteri itu menunjukkan satu sikap beliau yang murni, dan beliau jelas terbuka dalam menerima segala bentuk komentar mengenai dirinya dan juga kerajaan di bawah pimpinannya.

‘‘Tindakannya itu juga bukanlah menunjukkan kita mempunyai banyak masalah, sebaliknya ia adalah cara yang betul untuk negara menuju ke arah Wawasan 2020 iaitu tidak boleh menerima kritikan atau pandangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan Hari Raya, Tadarus dan Khatam al-Quran dan berbuka puasa anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat sini malam tadi.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengulas kenyataan Perdana Menteri yang meminta semua pemimpin politik dan ahli Kabinet supaya memberitahu perkara sebenar kepadanya walaupun ia mungkin sesuatu yang sukar untuk diterima oleh beliau. Sehubungan itu, kata Muhyiddin, pandangan Perdana Menteri itu seharusnya dilihat dari sudut yang positif untuk mana-mana pihak meluahkan pandangan mereka terhadap kerajaan.

Katanya, mereka yang ingin berbuat demikian iaitu menyuarakan kebenaran perlulah menghormati ketelusan Perdana Menteri itu dengan meluahkannya dengan cara tertib, hormat, ikhlas serta mematuhi etika yang ditetapkan.

Berlepas Besok


BAIKONUR, Kazakhstan – Roket pelancar Soyuz yang bakal membawa angkasawan pertama Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) Rabu ini dibawa ke tapak pelancarannya di Baikonur Cosmodrome dekat sini hari ini.

Roket tersebut yang telah dicantumkan dengan kapsul Soyuz sejak semalam dibawa menggunakan kereta api khas dari hangar yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari tapak pelancaran berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, sebaik tiba di tapak pelancaran, roket pelancar Soyuz menjalani uprighting process iaitu ditegakkan.

‘‘Ia merupakan proses terakhir sebelum roket itu dilancarkan Rabu ini. Ketika ini semua persiapan logistik dan teknikal berhubung roket pelancaran berjalan dengan baik,” katanya kepada pemberita di sini.

Angkasawan Malaysia yang terpilih menyertai misi Soyuz TMA-11 Rabu ini bakal diterbangkan dengan kapal angkasa itu ke ISS.

Angkasawan itu akan melawat ISS selama sembilan hari sebelum pulang ke bumi bersama angkasawan-angkasawan lain yang kini telah pun berada di ISS yang terletak di orbit kira-kira 333 kilometer dari muka bumi.

Di ISS, angkasawan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 35, atau Kapten Dr. Faiz Khaleed, 27, akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.

Program angkasawan negara itu merupakan persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Sheikh Muszaphar dan Faiz merupakan dua calon terakhir daripada 11,275 rakyat Malaysia yang memohon menjadi angkasawan pertama negara ketika tawaran dibuka pada 2003.

Jamaluddin berkata, selain persiapan logistik, persiapan berkaitan dengan penyelidikan juga berjalan lancar.

Menurutnya, kesemua saintis yang terlibat sudah berada di Baikonur untuk melakukan persiapan terakhir.

‘‘Kesemua peralatan dan bahan kajian telah dibawa masuk ke dalam Soyuz semalam dalam dua sesi iaitu pada pukul 10 pagi dan 5 petang.

‘‘Bahan-bahan kajian telah dapat disediakan dengan sempurna dan telah lulus dalam ujian penyediaan yang ditetapkan oleh pihak Rusia dan ISS,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan angkasawan negara diberi tugas tambahan selain menjalankan tiga penyelidikan berkenaan, Jamaluddin berkata, setakat ini beliau belum dimaklumkan apa-apa berhubung perkara tersebut.

Monday, October 8, 2007

Rentung Tepi Katil


Oleh Wan Noriza Meor Idriswannoriza@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: “Sarimah...” hanya itu yang mampu diberitahu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun, dipercayai abang kepada kanak-kanak perempuan berusia l8 bulan yang rentung dalam kebakaran rumah mereka, semalam.

Ketika kebakaran di tingkat dua rumah kedai di Jalan Gadek, Off Jalan San Peng, di sini, tengah hari semalam, mereka tiga beradik termasuk seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, ditinggalkan dalam rumah itu yang berkunci.

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu hanya mampu menyebut nama adik perempuannya, Mas Sarimah Zulkifli, yang ditemui rentung di tepi katil dalam keadaan tertiarap sambil kedua-dua tangannya menutup muka yang hancur, manakala tangan serta kakinya melecur teruk.

Difahamkan, dua kanak-kanak lelaki terbabit ditemui dalam keadaan trauma selepas tragedi yang meragut nyawa adik perempuan mereka.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, ibu mereka tiada di rumah dipercayai keluar bekerja manakala tiga anaknya ditinggal di bilik utama kediaman itu dalam keadaan jeriji pintu depan berkunci.

Tindakan `mengurung’ tiga kanak-kanak terbabit mengundang padah apabila api menjilat rumah itu, dipercayai bermula dari bilik utama tempat tiga beradik itu
ditinggalkan.

Difahamkan, ibu mangsa yang juga ibu tunggal bersama tiga anaknya itu menyewa bilik tidur utama rumah berkenaan yang hanya dilengkapi satu katil sejak beberapa bulan lalu.

Jiran yang menyedari kebakaran itu dikatakan cuba menyelamatkan tiga beradik itu tetapi gagal membuka pintu jeriji yang berkunci.

Bagaimanapun, dua abang mangsa bernasib baik apabila keluar dan bergayut melalui lubang bekas penghawa dingin yang terbuka, sebelum seorang pemandu lori yang kebetulan melalui jalan berkenaan menyambut kedua-dua mereka dari bawah.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Md Ali Ismail, berkata ketiga-tiga kanak-kanak itu ditinggalkan dalam rumah berkunci dari luar dan berjeriji berikutan bilik rumah berkenaan turut disewa beberapa penyewa lain sepanjang tempoh ibunya keluar bekerja sejak pagi.

“Pihak bomba sampai di tempat kejadian sejurus menerima panggilan orang ramai dan terpaksa memecahkan jeriji berkenaan untuk memadamkan api.

“Selepas api dipadamkan, kami menemui sekujur mayat seorang kanak-kanak melecur teruk di muka, tangan dan kaki di tepi katil,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, mangsa dipercayai gagal keluar dari bilik itu kerana tidak mampu memanjat keluar sehingga terperangkap dalam asap sebelum lemas.

“Dua abang mangsa bernasib baik kerana berjaya memanjat keluar menerusi lubang tempat penghawa dingin sebelum diselamatkan.

“Bomba masih menyiasat punca kebakaran yang dipercayai daripada percikan bunga api berikutan beberapa hari sebelum kejadian ada jiran melihat tiga beradik berkenaan bermain bunga api di bilik itu,” katanya.

Ibu mereka yang berusia 37 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di kawasan berdekatan dan enggan ditemubual ketika ditemui media. Difahamkan, dia berasal dari Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi semalam berkata, polis masih menyiasat.

Azalina dicalonkan Ketua Wanita

Oleh: Zack Abu Bakar


UMNO Bahagian Cheras semalam menyatakan akan memberi sokongan terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Azalina Dato' Othman Said untuk dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang.

Apakah ini merupakan protes terbuka kepada Dato' Seri Rafidah Aziz atas kemelut yang sedang bergolak hebat di antara Ketua Bahagian UMNO Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali - Al- Habshee dan juga Ketua Wanita Bahagian Cheras Dato Faridah yang merupakan orang kanan Rafidah.

Jika ini adalah kemelut peribadi antara Syed Ali dan Faridah adalah tidak wajar beliau mengheret dalam kancah permasalahan mereka dan adalah lebih bijak mereka menyelesaikan secara kekeluargaan dan mencari jalan penyelesaian demi masa depan parti.

Namun dalam tindak balas Azalina pula menyatakan bahawa beliau hanya cuba mengekalkan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Masih terlalu awal untuk memberikan keyataan mengenai soalan pemilihan parti.Beliau juga berkata beliau akan melihat keadaan ini hanya setelah pilihanraya umum nanti.

Apabila ditanya akan reaksi orang ramai, ada yang menyatakan bahawa Azalina patut bertanding sebagai Ketua Wanita kerana sayap UMNO ini perlu diberikan suntikan semangat baru kerana sayap ini sekarang bergerak secara ritorik dengan kepimpinan lama.

Pemimpin muda seharusnya diberikan peluang untuk memimpin Wanita pula bagi menerap idea-idea baru.

Azalina adalah seorang yang berpendirian dan berani dalam berpolitik, jadi beliau perlu diberi peluang , tegas Syed Ali.

Ada pula yang berpendapat bahawa Azalina tidak perlu gentar untuk bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO tambahan pula Rafidah sekarang sering menerima rawatan di Hospital Pantai. Mungkin beliau kian uzur dan sudah tiba masanya untuk melepaskan jawatan kepad pemimpin baru.

Lagipun sekira Azalina tewas sekalipun beliau tidak akan menghadapi sebarang perbezaan kerana buat masa sekarang beliau juga tidak memegang mana-mana jawatan dalam Wanita.

Tidak salah jika Azalina mahu mencuba.

Warga Kota Mula Balik Kampung Awal Utuk Elak Kesesakan

KUALA LUMPUR - Warga kota mula meninggalkan bandaraya ini hari ini untuk pulang ke kampung masing-masing bagi mengelakkan kesesakan selain ada yang terpaksa balik awal kerana tiket pengangkutan awam pada tarikh hampir dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri Sabtu ini telah habis ditempah sebelum puasa lagi.

Tinjauan Bernama di hentian bas Puduraya dan hentian Duta mendapati kebanyakan yang pulang hari ini ialah pelajar institusi pengajian tinggi dan suri rumah.

Maizura Meor Arifin, 18, pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata tiket bas yang telah habis dijual pada tarikh hampir dengan Hari Raya memaksa beliau pulang ke kampungnya di Tapah, Perak hari ini.

Bukan hanya golongan pelajar, malahan pengurus di sebuah syarikat swasta Hisham Othman, 35, juga membuat keputusan untuk pulang awal bagi berhari raya di Alor Setar.

"Saya sudah memohon cuti awal dan diluluskan. Jadi kami sekeluarga berpeluang pulang ke kampung awal," katanya.

Suri rumah, Azlin Farina Hamzah, 31, yang menyambut hari raya di Kluang, Johor pada mulanya ingin balik lebih lewat ke kampung untuk menguruskan keperluan di rumahnya di Kepong.

"Tetapi tiket bas sudah habis. Yang masih ada cuma hari ini. Tetapi bagus juga balik awal untuk mengelakkan kesesakan," katanya yang membawa seorang anak yang masih belum bersekolah untuk pulang terlebih dahulu ke kampung hari ini.

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Nasriq Mazlan berkata beliau balik awal kerana kebanyakan pensyarah menghabiskan atau menggantikan kuliah lebih awal bagi membolehkan para pelajar pulang ke kampung.Siti Safura Ahmad, 22, pelajar UiTM juga gembira kerana kebanyakan kelas sudah diganti lebih awal dan ini membolehkan beliau dan rakan-rakannya pulang ke kampung dengan tenang.

"Ada juga rakan-rakan yang balik lebih awal sebelum kelas habis diganti kerana tiket untuk ke kampung mereka habis," katanya yang menunggu bas untuk pulang ke Kluang.

Sementara itu orang ramai masih berpeluang untuk pulang berhari raya kerana beberapa kaunter masih menjual tiket bas tambahan untuk ke destinasi tertentu, kebanyakannya ke utara.

Penjual tiket bas Bandar Ekspres Noramira Abdul Razak berkata 100 bas tambahan disediakan syarikatnya adalah bas persiaran yang mempunyai permit dan dalam keadaan yang baik.

Mohamad Hafiz Mohamad Yusof, penjual tiket Betung Ekspres berkata tiket untuk ke Kulim menggunakan bas asal masih ada, manakala untuk ke Alor Star dan Sungai Petani penumpang boleh menaiki bas tambahan.

Beberapa penjual tiket yang menghampiri orang ramai di sekitar hentian juga menunjukkan pas pengenalan kerja masing-masing ketika mahu menjual tiket bagi mengelakkan mereka dicop sebagai "ulat.

"Peniaga pasar malam, Zawawi Ahmad, 65, berkata beliau mengelak untuk membeli tiket daripada ejen syarikat bas ekspres atau "ulat" kerana harga tiket yang sangat mahal.

"Tetapi setakat ini saya tidak pernah terkena. Apa yang saya perhatikan di Puduraya masih ramai ulat. Cuma orang ramai sudah tidak berani membeli tiket daripada mereka,"katanya.Di Hentian Duta, para pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan melakukan pemantauan dengan memeriksa keadaan bas dan pemandu bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin untuk pulang berhari raya.-- BERNAMA

Parti Baru Datuk Nalla Bukti PKR Akan Musnah.

Penulis:Jinggo

Apa sebenarnya yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lepas satu, satu masalah yang dialami parti yang pernah dicanang sebagai sebuah parti terkuat dan yang mampu bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke12 nanti.

Bermula dengan pembubaran beberapa bahagian parti itu di Kedah, tercetusnya pemberontakan barisan kepimpinannya hinggalah mereka bertindak keluar parti beberapa orang kuatnya dan terbaru sekali pengumunan Ketua Bahagian PKR Kepong, Datuk Nallakaruppan jelas membuktikan parti yang diasaskan atas dasar kecewa itu hanya menunggu hari untuk rebah.

Apa yang pelik, walaupun parti ini ditubuhkan untuk membela dan membebaskan Anwar Ibrahim, namun perjalanan dan perjuangan awal PKR dalam kancah politik negara dilihat hampir sempurna dan mempunyai ramai pengikutnya. Malah, ia turut dicanang sebagai sebuah parti pembangkang yang bakal mampu mengugat perti Pemerintah.

Tetapi sayang seribu kali sayang, setelah idola mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dan kembali bergiat aktif serta menerajui PRK, satu demi satu masalah yang timbul. Apa yang memeranjatkan, hinggakan orang kuat parti dan menjadi kesayangan Anwar sendiri sanggup menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai diktator….

Melihatkan apa yang berlaku akhir-akhir ini, dakwaan Ezam yang kononnya Anwar diktator itu mungkin ada kebenarannya…Kalau tidak masakan Datuk Nallakaruppan yang selama ini dianggap sebagai panglima PKR, sanggup meninggalkan parti itu dan berhasrat untuk menubuhkan parti baru.

Pengumuman terbaru ketua Bahagian PKR Kepong itu dikatakan sekali lagi menjadi tamparan hebat kepada barisan kepimpinan PKR yang sebelum ini pun mula menunjukkan penyusutan ketara sokongan rakyat dan sekaligus membayangkan bahawa Keadilan sebenarnya diambang kehancuran.

Datuk Nalla yang satu ketika dahulu pernah menarik hampir sepuluh ribu orang untuk menjadi ahli PKR kini menjadi duri dalam danging kepada Anwar dan barisan wazirnya. Malah, Datuk Nalla juga menjadi orang yang bertanggungjawab membawa kepada kekalahan teruk PKR dan Anwar Ibrahim pada pilihanraya Umum ke 12 akan datang.

Sekaligus ia juga menjadi racun yang terus meranapkan impian dan angan-angan gila Anwar yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Pertama Malaysia dari kalangan parti pembangkang. Nalla juga menjadi serangga perosak kepada sekelumit impian Anwar untuk bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apa yang lebih penting, tindakan Nalla juga jelas menjadi bukti bahawa parti pimpinan Anwar kini berhadapan dengan masalah kemusnahan yang paling hina dalam sejarah negara. Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), yang akan dilancarkan bulan depan dan yang dikemudikan oleh Datuk Nalla itu dijangkakan berjaya menarik hampir seratus peratus masyarakat India Keadilan untuk beralih kepada beliau dan parti baru tersebut.

ISU TANDER GANTI NURI, JAWAPAN DISEBALIK KEBODOHAN PAS

Penulis: jinggo

Ternyata barisan pemimpin pembangkang terutama Pas, adalah terdiri dari mereka yang dangkal dan kurang pekerti. Sikap gelojoh dan ego dalam diri mereka juga dilihat semakin menjadi-jadi, terutamanya ketika berhadapan dengan sesuatu isu yang melibatkan negara.

Pada mereka, pantang ada masalah sikit… Pasti mereka akan melalak kononnya apa yang berlaku itu semuanya berpunca dari peragai jelik barisan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN). Tragedi ngeri dimana enam anggota tentera Udara diraja (TUDM) terkorban dalam nahas Nuri di Genting Sempah baru-baru ini juga tidak terlepas menjadi peluru propanganda pembangkang untuk memburukan kerajaan.

Bidasan yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin Pas terutamanya Nasharuddin Mat Isa dan Mahfuz Omar yang kononnya kerajaan segaja membunuh pegawai atasan tentera TUDM dengan alasan memaksa mereka itu memandu helikopter Nuri yang dianggap sebagai besi buruk dan ‘keranda Terbang’.

Sikap terburu-buru mereka dalam membuat kenyataan serta mendesak kerajaan agar meluluskan peruntukan segera untuk membeli pesawat baru sebagai ganti Nuri, tanpa membuat kajian mendalam ataupun mendapat maklumat terperinci dari pihak terbabit tidak ubah seperti budak hingusan yang masih tidak sempurna akalnya.

Sikap mereka yang segaja memperbesarkan isu seumapamnya, semata-mata untuk bergelar wira atau pembela rakyat , disamping berusaha untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap kerajaan pemerintah disifatkan sebagai satu usaha atau langkah yang kurang bijak.

Amat memalukan apabila pemimpin yang kononnya memperjuangkan agama Islam sepertimana Pas tanpa berselindung pernah mendoakan agar isteri atau keluarga Timbalan Perdana Menteri terlibat didalam kemalangan helikopter Nuri.

Sungguh kotor pemikiran pemimpin Pas, mereka sanggup melakukan apa saja untuk meyakinkan pada rakyat bahawa mereka adalah yang terbaik dan kerajaan semangnya lemah didalam pentabiran nagara. Pas terlalu memandang rendah terhadap kemampuan kerajaan dan bercita-cita untuk mengambil kesempatan diatas isu yang berlaku didalam negara.

Sedar atau tidak, propangda yang dimainkan Pas itu sebenarnya tidak ubah seperti jerat yang memakan diri sendiri.Isu Nuri yang diharap berjaya menaikkan saham mereka di mata rakyat, rupanya telah menyerlahkan kebodohan serta kedangkalan mereka sendiri…

Malah, pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu berkaitan tander untuk membekalkan helikopter yang bakal menggantikan Nuri secara berperingkat menyebabkan barisan pemimpin Pas itu bisu seribu bahasa.

Bukan sahaja lebih memburukan Pas, pengumuman Najib itu secara tidak langsung turut menjadi bukti bahawa kerajaan pimpinan Pak Lah sememangnya sentiasa mengambil berat dalam soal keselamatan rakyat dan negara.

Kerajaan juga tidak pernah memandang remeh dalam setiap isu yang timbul. Disamping sentiasa berusaha untuk mencari jalan terbaik dalam menangani masaalah yang berbangkit, kerajaan juga tidak pernah mengabaikan dalam soal keperluan pertahanan negara.

Kita lihat apa pula yang akan dilakukan oleh Pas selepas kerajaan membeli helikopter baru, yang pasti mereka akan membawa isu yang lebih hanggat ,tak kira apa pun jua kritikan atau unsur fitnah mereka akan taburkan, janji mereka boleh menjatuhkan kerajaan kerana itulah perangai sebenar pemimpin-pemimpin pas..

Friday, October 5, 2007

Kad SIM berjaya dikeluar, tempoh reman disambung

PETALING JAYA 4 Okt. – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini berjaya mengeluarkan kad SIM (Modul Pengenalan Pelanggan) ditelan wanita warga Indonesia yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin.

Bagaimanapun, sumber PPUM enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu termasuk bila dan cara kad itu dikeluarkan serta di mana kad itu sekarang.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk menyambung reman seorang wanita warga Indonesia terbabit.

Majistret Izralizam Sanusi mengeluarkan perintah supaya wanita itu ditahan selama enam hari lagi sehingga 10 Oktober ini, mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Tempoh tahanan reman ke atas wanita berusia 23 tahun itu yang ditahan pada 29 September lalu yang sepatutnya tamat hari ini.

Wanita warga Indonesia tersebut tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini pada pukul 3.05 petang ini dengan menaiki sebuah kereta peronda polis.

Dia yang kelihatan tidak terurus dan dipercayai memakai pakaian yang sama ketika polis mendapatkan perintah reman ke atasnya pada 29 September lalu diiringi dua orang pegawai polis wanita.

Pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Asisten Supritendan Loh Pei Pei berkata, lanjutan tahanan reman itu membolehkan polis meneruskan siasatan.

“Tetapi polis tidak boleh mendedahkan banyak maklumat kerana dikhuatiri akan menganggu siasatan,’’ katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini.

Wanita itu ditahan Sabtu lalu di sebuah gerai menjual pakaian di bazar Ramadan, Nilai, Negeri Sembilan berhampiran pasar raya besar Giant.

Wanita terbabit kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana menelan kad SIM yang dipercayai mengandungi maklumat penting yang boleh membantu siasatan kes itu.

DUA LAGI SUSPEK PEMBUNUH NURIN DIKESAN


Pihak Polis hari ini mengesahkan dapat mengesan dua lagi suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, kanak-kanak malang yang ditemui dalam beg sukan setelah sebulan usaha mencarinya gagal.

Maklumkan terbaru mengenai dua suspek itu didedahkan sendiri oleh Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Cristopher Wan Soo Kee yang mendakwa bahawa suspek lelaki dan wanita itu di kesan berdasarkan fotofit daripada maklumat orang awam.

Menurut Cristopher, lelaki dalam lingkungan usia antara 30 dan 40 tahun yang mempunyai ketinggian dalam lingkungan 168cm itu dikesan berdasarkan tindakannya yang dipercayai sedang mencari bilik sewa untuk anak perempuannya semasa Nurin Jazlin dilapurkan hilang.

“Lelaki tersebut beberapa kali dilihat di kawasan perumahan di sekitar Bangsar,” ujar Wan pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Manakala suspek wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an dan berketinggian 153cm serta memakai baju berwarna merah itu dikesan setelah dilihat berada dihadapan sebuah premis di PJS 1/48 Petaling Jaya , sehari sebelum sebuah beg sukan berisi mayat kanak-kanak yang dipercayai Nurin Jazlin ditemui pada pagi 17 Sept lalu.

Wan berkata, kedua-dua suspek tersebut adalah berketurunan Melayu.Dan, kepada orang ramai yang melihat atau mengenali kedua-dua suspek itu di minta menghubungi ASP Loh Pei Pei di talian 03-79662222.

Mengenai penahanan seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nurin Jazlin, Wan Soo Kee berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek tersebut.

“Kami percaya ia adalah SIM Kad tersebut belum dikeluarkan lagi, ”ujarnya ketika diminta mengulas samada kad SIM (modul pengenalan pelanggan) itu masih terdapat didalam perut wanita itu atau sebaliknya.

Menurut Wan lagi, wanita berusia 23 tahun itu masih lagi dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berani menelan kad SIM yang dipercayai mengandungi petunjuk atau maklumat penting bagi menyelesaikan kes pembunuhan Nurin Jazlin semasa dibawa polis ke mahkamah seksyen Petaling Jaya pada Sabtu lepas, menyebabkan wanita tersebut pengsan kerana tercekik kad itu.

Pihak polis menahan wanita tersebut kerana dipercayai bertanggungjawab mengurung dan memberi makan kepada Nurin Jazlin, pada pukul 12 tengah malam Jumaat lepas ketika sedang bekerja di sebuah Bazar Ramadhan di Nilai, Negeri Sembilan.

Wan berkata, semalam pihak polis telah membebaskan empat suspek yang ditahan pada Khamis lepas setelah segala keterangan mereka diambil dan didapati keempat-empat mereka tidak terlibat dengan pembunuhan kanak-kanak malang itu.

Friday, September 21, 2007

Mayat Nurin diBawa Pulang.


Jazimin turut mengusung mayat Nurin ke dalam kereta jenazah di bilik mayat Hospital Besar Kuala Lumpur untuk dibawa pulang ke Wangsa Maju.


TERBARU : Jazimin terima hakikat mayat dalam beg itu adalah Nurin.
Hanya orang yang pernah melaluinya dapat merasai hiba dalam ertikata sebenar. Kata orang ‘hilang’ mati yang sempurna mungkin tidak seberat ini yang perlu ditanggong. Apa lagi sejak 20 Ogos lalu Norazian Bistaman,ibu kepada Nurin Jazlin hari demi hari perlu berdepan dengan saat-saat yang sukar diterjemahkan dalam bentuk kata-kata.

Mayat yang disangka anaknya terbujur kaku di bilik mayat Hospital Besar Kuala Lumpur sejak Isnin lalu tanpa kepastian ‘ ya atau tidak’. Akhirnya pagi Jumaat ‘khabar buruk’ menjelma bagi semua yang mengharapkan itu bukan Nurin.

Bapanya,Jazimin menerima hakikat mayat kanak-kanak malang yang ditemui dalam beg itu sebenarnya adalah Nurin.

Thursday, September 20, 2007

Hadi Awang Serangga Perosak Bertukar Ketua Perusuh

Tidak dinafikan bahawa Hadi Awang merupakan orang yang berperanan besar didalam mentabir strategi perjuangan PAS. Beliau turut mempunyai pengaruh yang hebat di dalam parti tersebut, justeru itu Hadi juga merupakan ketua gerak tempur Pas yang berhati busuk.

Tidak salah dan tidak keterlaluan andainya sahabat memberi pandangan dan juga gelaran kepada ketua pembangkang itu dengan gelaran Hadi ketua perusuh yang banyak menghuru-harakan negara kita.

Dengan kuasa yang ada Hadi banyak mempengaruhi dan meracuni pemikiran pengikut-pengikutnya agar membenci pada kepimpinan negara. Bagi Hadi, adalah menjadi satu kepuasan sekira usahanya selama ini untuk menyerapkan perasaan benci rakyat kepada pemimpin negara berjaya diadaptasikan sepenuhnya oleh mereka.

Beliau sering menabur fitnah dan memutar belitkan cerita agar menjadi panas walaupun beliau tidak mempunyai fakta yang tepat dan nyata satu pembohongan yang segaja direka cipta dengan tujuan untuk membakar dan menyemarakan semangat pengikutnya supaya hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan pusat.

Apabila situasi ini sudah sebati dalam diri penyokong-penyokongnya, maka tidak mustahillah akan berlakunya drama tunjuk perasaan. Mereka juga tidak segan silu untuk bertindak ganas dan lebih malang lagi sanggup menghina kedaulatan negara sepertimana tragedi pembakaran jalur gemilang sepertimana yang berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pernah suatu hari sahabat menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh parti PAS yang telah diadakan di Markas mereka yang terletak di Taman Melewar, Kuala Lumpur, dimana salah seorang penceramahnya, adalah Hadi Awang.

Kehadiran sahabat disana bukanlah untuk memberi sokongan pada PAS tetapi kerana diajak oleh rakan yang begitu mengagong-agongkan kepimpinan Hadi. Katanya, Hadi adalah pejuang Islam yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan sebagainya...

Apa ertinya semua ini, bukankah Malaysia sekarang ini sudah sebuah negara Islam dan sejak bila pula negara ini bertukar status bukan negara Islam.

Dengan desakan darinya rakan, sahabat terpaksa akur lantas mengikuti ceramah tersebut. Tak sampai lima minit berada di perhimpunan PAS tersebut, hati sahabat berasa tersentak dan sakit hati apabila mendengar begitu lantangnya Hadi Awang mengutuk dan mencerca kepimpinan Pak Lah dalam mentabir negara.

Ucapan Hadi Awang pada malam itu banyak kepada unsur-unsur kebencian yang membuak-buak pada kepimpinan kerajaan, seolah-olah negara ini berada di alam darurat. Apa saja yang dilakukan oleh pihak kerajaan semuanya tidak betul, haram dan merosakkan akidah terutamanya kepada golongan remaja kini.

Tanpa berasa bersalah Hadi menunding jari pada kepimpinan kerajaan pusat, katanya merekalah yang harus bertanggungjawab diatas segala pergolakan yang berlaku didalam negara ini. Beliau mendakwa kerajaan tidak amanah melaksanakan tanggungjawab mentabir negara.

Kerajaan pimpinan Pak Lah juga dikatakan turut menindas rakyat, tidak ambil peduli dengan kesusahan dan kepentingan rakyat. Katanya, orang yang berkuasa akan bertambah kaya dan kepada mereka yang miskin pula akan bertambah miskin dan merempat.

Hadi juga tidak terkecuali untuk mempertikaikan sistem kehakiman negara yang kononnya lemah dan banyak berpihak kepada kerajaan pusat. Kes yang melibatkan menteri atau orang-orang kenamaan selalunya pasti akan lebih memihak pada mereka. Manakala hakim pula dianggap boneka semata-mata dan mendakwa yang menentukan hukuman adalah kerajaan pusat.

“Pihak berkuasa semuanya tidak boleh pakai, lemah dan pegawainya banyak makan rasuah, kerja malas. Tangkap orang yang tidak bersalah dan menutup sebelah mata pada orang yang benar-benar melakukan kesalahan,”inilah antara ungkapan yang sering keluar dari mulut Hadi setiap kali beliau diberi peluang untuk berucap.

Hadi juga sering membuat seruan agar rakyat harus menentang kerajaan walau dengan cara apa sekali pun dengan alasan untuk menegakkan Islam. Kononnya, parti Pas sahajalah yang memperjuangkan agama Islam dan akan membawa negara ini ke arah sebuah pentadbiran yang berlandaskan ajaran al-Quran dan hadis.

Adakah ajaran Pas yang dipimpin oleh Hadi Awang benar-benar mengikut landasan agama Islam, jika benar kenapa berlakunya rusuhan dan mengapa pula mereka sanggup menabur fitnah dan menanam kebencian kepada kepimpinan negara, sedangkan dalam ajaran Islam itu sendiri tidak pernah mengajar agar umatnya bertindak ganas dan membenci saudara sesama Islam.

Wajarkah seseorang yang mengaku mempejuangkan ajaran Islam mengutuk dan menghina saudara sesama Islam. Jika tidak, mengapa pula ini berlaku didalam parti PAS dan apakah tujuan sebenarnya perjuangan mereka…Mungkin juga semua yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi individu-individu tertentu sahaja?

Sekiranya seseorang pemimpin PAS mempunyai pendirian yang teguh kepada ajaran Islam, mengapa mereka sanggup bermusuhan dengan orang lain yang seagama dengan mereka? Sedangkan Rasulullah sendiripun pernah menganggap orang kafir itu sahabat.

Hentikanlah keganasan dan rasa benci yang kini begitu menebal bersarang dalam jiwa pemimpin dan juga penyokong parti Pas. Kerana ia dibimbangi kelak akan mampu memberikan imej yang kurang baik kepada Islam itu sendiri dan sekaligus memungkinkan hilangnya kreadibiliti para pemimpin Pas itu sendiri di mata penyokong mereka sendiri.

Wednesday, September 19, 2007

Merindui mu di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Written by TepakBersulam
www.tepakbersulam.com

Ramadhan Al-Mubarak sentiasa berlabuh di setiap hujung tirai tahun dengan warna - warni dan kepahaman pengertian yang tersendiri.Berbeza dengan zaman kanak-kanak ku dahulu setiap kali selepas terawih kami berkumpul di kawasan lapang yang hanya disinari api dari corong-corong pelita dan bukannya nion yang berkelip dari kuasa eletrik serba kemodenan.

Hari ini anak-anak berlari di jalan-jalan raya kerana, itu sahaja tanah lapang yang ada di hadapan rumah mereka. Sekali sekala terpaksa berlari ke tepi jika ada kereta yang lalu melintasi. Entah anak siapa kita pun kurang pasti melainkan yang kita tahu mereka adalah anak jiran kita.

Lain ketika di kampung dahulu , kita mengenali setiap anak-anak yang bermain di kawasan yang lapang walaupun gelap kerana yang pastinya mereka adalah anak Mak Long, Mak Ngah, Mak Lang dan juga cucu Wan Jarah, cucu Wak Katiman dan mungkin anak-anak Pak Chik yang baru pulang dari Kuala Lumpur.

Ramadhan Al-Mubarak sering membuat ku termenung sendirian di meja kopi hadapan rumah ku sambil merenung pokok bonzai dan hijauan lain yang di tanam dalam pasu sambil mendengar rintihan air terjun buatan manusia.

Walaupun, aku rindu suasana yang gelap di dalam kebun getah dan bunyi nyanyian sang cengkerik. Mungkin anak-anak sekarang tidak pernah tahu pada waktu ku di kampung dahulu bunyi burung tatibau sentiasa ditunggu kerana itu menandakan masuknya waktu berbuka puasa.

Namun yang paling aku rindu ialah deheman batuk ayah sambil menghisap rokok tiga limanya di anjung rumah dan ketika itu aku sedang duduk di ruang gelap di atas tangga di hadapan rumah.

Aku juga merindui akan suaranya memanggil ku sesekali sekala apabila dia merasakan mahu berbual dengan ku.

Ayah hanya boleh berbual dengan ku sahaja kerana anak-anaknya yang lain agak sukar untuk berinteraksi dengannya. Lagipun aku anak yang sulung dan aku rajin melayan dan mendengar rintihannya dan mendengar nasihatnya yang kadangkala agak rethorik.

Bagi ku jika aku tidak mendengar segala ini siapa lagi yang akan mendengar. Tapi hari ini aku tidak akan lagi mendengarnya. . Aku tidak lagi dapat berbuka puasa dengannya dan melihat dia memakan makanan kesukaannya, rojak mee, di mana makanan ini menjadi makanan kesukanan ku pula dan wajib bagiku pada setiap waktu berbuka di hari yang pertama.

Ayah telah pulang ke rahmatullah pada pertengahan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 2004. Kini sudah tiga tahun aku tidak menyambut Ramadhan bersamanya. Ramadhan bersama ayah yang sentiasa ku rindui.

Walaupun sudah tiga tahun berlalu wajahnya masih segar bermain di fikiran ku . Namun bagiku semuanya baru saja berlaku semalam.

Namun hakikatnya kini sudah tiga tahun juga lamanya aku tidak lagi merayau-merayau ke lorong-lorong masjid India untuk mencari jubah raya, baju kemeja, seluar , songkok dan kasut raya untuknya.

Setiap penghujung Ramadhan hati ku merasa sayu kerana tidak lagi dapat membeli barangan tersebut seperti lazimnya dahulu.

Aku juga tidak lagi dapat mendengar takbir raya yang nyaring dari ruang sembahyangnya. Aku juga tidak akan dikejutkan lagi dengan takbir raya di subuh Aidilfitri dari tempat solatnya. Aku rindu akan suaranya.

Seawal subuh dia dan aku akan keluar rumah untuk menziarahi pusara ayah dan ibu serta abang dan kakaknya. Setiap tahun juga dia berpesan kepada ku agar mengingati kedudukan pusara ini dan jika dia tiada lagi. Ziarahilah pusara-pusara ini. Aku sangat merindui sat-saat ini. Kini tiada siapa yang akan membawa aku menziarahi pusara-pusara itu lagi dan aku tidak pasti akan dapat melakukanya sendiri.

Selepas ziarah pusara itu, kami akan ke masjid bersama-sama untuk menunaikan solat Aidilfitri. Aku akan merindui saat ini sepanjang sisa-sisa kehidupan ku.

Tiga tahun aku tidak pulang pada hari raya pertama dan akan pulang hanya pada hari raya ketiga kerana di kampungku akan mengadakan kenduri tahlil pada pagi raya ketiga. Aku akan pastikan aku akan sentiasa akan pulang dan bersama-sama orang kampung berhari raya di tanah pusara dan berada di sisi pusara ayahku dihari ini.

Ramadhan Al-Mubarak akan sentiasa membawa kenangan ku padanya. Bila aku terlalu merinduinya aku akan menghidupkan enjin kereta ku dan membawanya tanpa arah dan aku akan menangis memanggilnya dan menyatakan bahawa aku rindu padanya.

Setelah reda aku akan pulang dan melakukan sembahyang sunat dan mendoakan agar roh ayah ku yang ku sayangi ditempatkkan bersama-sama para ambiah dan orang-orang yang beriman serta jauhi nya dari seksa kubur.

Pasti tidak dapat aku melupakan sepanjang kehidupan ku akan saat akhir bersama ayah yang ku sayangi ini, dua minggu terakhir apabila aku dan adik-adik meninggalkan segala urusan di dunia untuk bersamanya di saat dia sememangnya memerlukan kekuatan untuk pulang ke sisi Allah S.W.T.

Ayah mengidap penyakit kencing manis dan lukimia.

Aku juga tidak akan melupakan janji-janji ku padanya dan kata-kata akhirku kepadanya ketika dia sedang menghadapi persimpangan untuk kembali ke Alam Barzakh dan meninggalkan dunia tumpangan ini.

Bisik ku ditelinganya ," Pulanglah ayahku, lupakan segala urusan dunia ini dan pulanglah dengan tenang dan kami redha akan kepulangan mu. Segala tanggungjawab mu akan ku ambil alih , lupakanlah dunia ini. Pulanglah ayah ku ke alam kekal kita".

Lantas aku mencium kakinya memohon ampun atas segala dosa ku dan beredar pulang ke Kuala Lumpur kerana terpaksa bertugas setelah dua minggu di kampung. Mungkin rezeki ku hanya sekadar di situ bersamanya dan tidak dapat menatap wajahnya kembali namun aku puas kerana telah melakukan segala yang terbaik buatnya.

Sehari di Kuala Lumpur , setelah selesai bersahur aku menerima panggilan dari adik ku yang membawa berita yang tidak akan aku lupakan selama-lamanya. Ayah telah pulang ke rahmatullah meninggalkan kami semua.

Aku tersentak melutut kaku lantas hati kecil ku berkata daripada mu kau datang dan kepadamu jua kau kembali. Aku redha akan kepulangan mu dari menanggung seksa kesakitan di dunia ini.

Tahun ini aku tetap akan merindui saat kita bersama melalui Ramadhan Al-Mubarak. Jauh di lubuk hati ku berkata dan dapat merasakan ayah sayang pada ku dan ayah menyanyangi kami sekeluarga sebagaimana ku dan semua ahli keluarga menyanyanginya.

Namamu akan terus bersemadi selagi jasad ku dikandung badan . Kasih kami tidak akan pudar dan kenangan bersamamu akan sentiasa segar selama-lamanya . Kami sentiasa merinduimu . Ayahanda ku Sgr Abu Bakar Bin Md Yatim no angota Polis Di Raja Malaysia 4760 - Al Fatehah. Amin.

GANJARAN RM5000




Friday, September 14, 2007

Pas Penipu Besar



"Click" imej di atas untuk paparan yang lebih jelas...