Friday, October 5, 2007

DUA LAGI SUSPEK PEMBUNUH NURIN DIKESAN


Pihak Polis hari ini mengesahkan dapat mengesan dua lagi suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, kanak-kanak malang yang ditemui dalam beg sukan setelah sebulan usaha mencarinya gagal.

Maklumkan terbaru mengenai dua suspek itu didedahkan sendiri oleh Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Cristopher Wan Soo Kee yang mendakwa bahawa suspek lelaki dan wanita itu di kesan berdasarkan fotofit daripada maklumat orang awam.

Menurut Cristopher, lelaki dalam lingkungan usia antara 30 dan 40 tahun yang mempunyai ketinggian dalam lingkungan 168cm itu dikesan berdasarkan tindakannya yang dipercayai sedang mencari bilik sewa untuk anak perempuannya semasa Nurin Jazlin dilapurkan hilang.

“Lelaki tersebut beberapa kali dilihat di kawasan perumahan di sekitar Bangsar,” ujar Wan pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Manakala suspek wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an dan berketinggian 153cm serta memakai baju berwarna merah itu dikesan setelah dilihat berada dihadapan sebuah premis di PJS 1/48 Petaling Jaya , sehari sebelum sebuah beg sukan berisi mayat kanak-kanak yang dipercayai Nurin Jazlin ditemui pada pagi 17 Sept lalu.

Wan berkata, kedua-dua suspek tersebut adalah berketurunan Melayu.Dan, kepada orang ramai yang melihat atau mengenali kedua-dua suspek itu di minta menghubungi ASP Loh Pei Pei di talian 03-79662222.

Mengenai penahanan seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nurin Jazlin, Wan Soo Kee berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek tersebut.

“Kami percaya ia adalah SIM Kad tersebut belum dikeluarkan lagi, ”ujarnya ketika diminta mengulas samada kad SIM (modul pengenalan pelanggan) itu masih terdapat didalam perut wanita itu atau sebaliknya.

Menurut Wan lagi, wanita berusia 23 tahun itu masih lagi dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berani menelan kad SIM yang dipercayai mengandungi petunjuk atau maklumat penting bagi menyelesaikan kes pembunuhan Nurin Jazlin semasa dibawa polis ke mahkamah seksyen Petaling Jaya pada Sabtu lepas, menyebabkan wanita tersebut pengsan kerana tercekik kad itu.

Pihak polis menahan wanita tersebut kerana dipercayai bertanggungjawab mengurung dan memberi makan kepada Nurin Jazlin, pada pukul 12 tengah malam Jumaat lepas ketika sedang bekerja di sebuah Bazar Ramadhan di Nilai, Negeri Sembilan.

Wan berkata, semalam pihak polis telah membebaskan empat suspek yang ditahan pada Khamis lepas setelah segala keterangan mereka diambil dan didapati keempat-empat mereka tidak terlibat dengan pembunuhan kanak-kanak malang itu.

No comments: