Monday, October 8, 2007

Azalina dicalonkan Ketua Wanita

Oleh: Zack Abu Bakar


UMNO Bahagian Cheras semalam menyatakan akan memberi sokongan terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Azalina Dato' Othman Said untuk dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang.

Apakah ini merupakan protes terbuka kepada Dato' Seri Rafidah Aziz atas kemelut yang sedang bergolak hebat di antara Ketua Bahagian UMNO Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali - Al- Habshee dan juga Ketua Wanita Bahagian Cheras Dato Faridah yang merupakan orang kanan Rafidah.

Jika ini adalah kemelut peribadi antara Syed Ali dan Faridah adalah tidak wajar beliau mengheret dalam kancah permasalahan mereka dan adalah lebih bijak mereka menyelesaikan secara kekeluargaan dan mencari jalan penyelesaian demi masa depan parti.

Namun dalam tindak balas Azalina pula menyatakan bahawa beliau hanya cuba mengekalkan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Masih terlalu awal untuk memberikan keyataan mengenai soalan pemilihan parti.Beliau juga berkata beliau akan melihat keadaan ini hanya setelah pilihanraya umum nanti.

Apabila ditanya akan reaksi orang ramai, ada yang menyatakan bahawa Azalina patut bertanding sebagai Ketua Wanita kerana sayap UMNO ini perlu diberikan suntikan semangat baru kerana sayap ini sekarang bergerak secara ritorik dengan kepimpinan lama.

Pemimpin muda seharusnya diberikan peluang untuk memimpin Wanita pula bagi menerap idea-idea baru.

Azalina adalah seorang yang berpendirian dan berani dalam berpolitik, jadi beliau perlu diberi peluang , tegas Syed Ali.

Ada pula yang berpendapat bahawa Azalina tidak perlu gentar untuk bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO tambahan pula Rafidah sekarang sering menerima rawatan di Hospital Pantai. Mungkin beliau kian uzur dan sudah tiba masanya untuk melepaskan jawatan kepad pemimpin baru.

Lagipun sekira Azalina tewas sekalipun beliau tidak akan menghadapi sebarang perbezaan kerana buat masa sekarang beliau juga tidak memegang mana-mana jawatan dalam Wanita.

Tidak salah jika Azalina mahu mencuba.

No comments: