Monday, October 8, 2007

Parti Baru Datuk Nalla Bukti PKR Akan Musnah.

Penulis:Jinggo

Apa sebenarnya yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lepas satu, satu masalah yang dialami parti yang pernah dicanang sebagai sebuah parti terkuat dan yang mampu bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke12 nanti.

Bermula dengan pembubaran beberapa bahagian parti itu di Kedah, tercetusnya pemberontakan barisan kepimpinannya hinggalah mereka bertindak keluar parti beberapa orang kuatnya dan terbaru sekali pengumunan Ketua Bahagian PKR Kepong, Datuk Nallakaruppan jelas membuktikan parti yang diasaskan atas dasar kecewa itu hanya menunggu hari untuk rebah.

Apa yang pelik, walaupun parti ini ditubuhkan untuk membela dan membebaskan Anwar Ibrahim, namun perjalanan dan perjuangan awal PKR dalam kancah politik negara dilihat hampir sempurna dan mempunyai ramai pengikutnya. Malah, ia turut dicanang sebagai sebuah parti pembangkang yang bakal mampu mengugat perti Pemerintah.

Tetapi sayang seribu kali sayang, setelah idola mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dan kembali bergiat aktif serta menerajui PRK, satu demi satu masalah yang timbul. Apa yang memeranjatkan, hinggakan orang kuat parti dan menjadi kesayangan Anwar sendiri sanggup menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai diktator….

Melihatkan apa yang berlaku akhir-akhir ini, dakwaan Ezam yang kononnya Anwar diktator itu mungkin ada kebenarannya…Kalau tidak masakan Datuk Nallakaruppan yang selama ini dianggap sebagai panglima PKR, sanggup meninggalkan parti itu dan berhasrat untuk menubuhkan parti baru.

Pengumuman terbaru ketua Bahagian PKR Kepong itu dikatakan sekali lagi menjadi tamparan hebat kepada barisan kepimpinan PKR yang sebelum ini pun mula menunjukkan penyusutan ketara sokongan rakyat dan sekaligus membayangkan bahawa Keadilan sebenarnya diambang kehancuran.

Datuk Nalla yang satu ketika dahulu pernah menarik hampir sepuluh ribu orang untuk menjadi ahli PKR kini menjadi duri dalam danging kepada Anwar dan barisan wazirnya. Malah, Datuk Nalla juga menjadi orang yang bertanggungjawab membawa kepada kekalahan teruk PKR dan Anwar Ibrahim pada pilihanraya Umum ke 12 akan datang.

Sekaligus ia juga menjadi racun yang terus meranapkan impian dan angan-angan gila Anwar yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Pertama Malaysia dari kalangan parti pembangkang. Nalla juga menjadi serangga perosak kepada sekelumit impian Anwar untuk bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apa yang lebih penting, tindakan Nalla juga jelas menjadi bukti bahawa parti pimpinan Anwar kini berhadapan dengan masalah kemusnahan yang paling hina dalam sejarah negara. Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), yang akan dilancarkan bulan depan dan yang dikemudikan oleh Datuk Nalla itu dijangkakan berjaya menarik hampir seratus peratus masyarakat India Keadilan untuk beralih kepada beliau dan parti baru tersebut.

No comments: