Tidak dinafikan bahawa Hadi Awang merupakan orang yang berperanan besar didalam mentabir strategi perjuangan PAS. Beliau turut mempunyai pengaruh yang hebat di dalam parti tersebut, justeru itu Hadi juga merupakan ketua gerak tempur Pas yang berhati busuk.
Tidak salah dan tidak keterlaluan andainya sahabat memberi pandangan dan juga gelaran kepada ketua pembangkang itu dengan gelaran Hadi ketua perusuh yang banyak menghuru-harakan negara kita.
Dengan kuasa yang ada Hadi banyak mempengaruhi dan meracuni pemikiran pengikut-pengikutnya agar membenci pada kepimpinan negara. Bagi Hadi, adalah menjadi satu kepuasan sekira usahanya selama ini untuk menyerapkan perasaan benci rakyat kepada pemimpin negara berjaya diadaptasikan sepenuhnya oleh mereka.
Beliau sering menabur fitnah dan memutar belitkan cerita agar menjadi panas walaupun beliau tidak mempunyai fakta yang tepat dan nyata satu pembohongan yang segaja direka cipta dengan tujuan untuk membakar dan menyemarakan semangat pengikutnya supaya hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan pusat.
Apabila situasi ini sudah sebati dalam diri penyokong-penyokongnya, maka tidak mustahillah akan berlakunya drama tunjuk perasaan. Mereka juga tidak segan silu untuk bertindak ganas dan lebih malang lagi sanggup menghina kedaulatan negara sepertimana tragedi pembakaran jalur gemilang sepertimana yang berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Pernah suatu hari sahabat menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh parti PAS yang telah diadakan di Markas mereka yang terletak di Taman Melewar, Kuala Lumpur, dimana salah seorang penceramahnya, adalah Hadi Awang.
Kehadiran sahabat disana bukanlah untuk memberi sokongan pada PAS tetapi kerana diajak oleh rakan yang begitu mengagong-agongkan kepimpinan Hadi. Katanya, Hadi adalah pejuang Islam yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan sebagainya...
Apa ertinya semua ini, bukankah Malaysia sekarang ini sudah sebuah negara Islam dan sejak bila pula negara ini bertukar status bukan negara Islam.
Dengan desakan darinya rakan, sahabat terpaksa akur lantas mengikuti ceramah tersebut. Tak sampai lima minit berada di perhimpunan PAS tersebut, hati sahabat berasa tersentak dan sakit hati apabila mendengar begitu lantangnya Hadi Awang mengutuk dan mencerca kepimpinan Pak Lah dalam mentabir negara.
Ucapan Hadi Awang pada malam itu banyak kepada unsur-unsur kebencian yang membuak-buak pada kepimpinan kerajaan, seolah-olah negara ini berada di alam darurat. Apa saja yang dilakukan oleh pihak kerajaan semuanya tidak betul, haram dan merosakkan akidah terutamanya kepada golongan remaja kini.
Tanpa berasa bersalah Hadi menunding jari pada kepimpinan kerajaan pusat, katanya merekalah yang harus bertanggungjawab diatas segala pergolakan yang berlaku didalam negara ini. Beliau mendakwa kerajaan tidak amanah melaksanakan tanggungjawab mentabir negara.
Kerajaan pimpinan Pak Lah juga dikatakan turut menindas rakyat, tidak ambil peduli dengan kesusahan dan kepentingan rakyat. Katanya, orang yang berkuasa akan bertambah kaya dan kepada mereka yang miskin pula akan bertambah miskin dan merempat.
Hadi juga tidak terkecuali untuk mempertikaikan sistem kehakiman negara yang kononnya lemah dan banyak berpihak kepada kerajaan pusat. Kes yang melibatkan menteri atau orang-orang kenamaan selalunya pasti akan lebih memihak pada mereka. Manakala hakim pula dianggap boneka semata-mata dan mendakwa yang menentukan hukuman adalah kerajaan pusat.
“Pihak berkuasa semuanya tidak boleh pakai, lemah dan pegawainya banyak makan rasuah, kerja malas. Tangkap orang yang tidak bersalah dan menutup sebelah mata pada orang yang benar-benar melakukan kesalahan,”inilah antara ungkapan yang sering keluar dari mulut Hadi setiap kali beliau diberi peluang untuk berucap.
Hadi juga sering membuat seruan agar rakyat harus menentang kerajaan walau dengan cara apa sekali pun dengan alasan untuk menegakkan Islam. Kononnya, parti Pas sahajalah yang memperjuangkan agama Islam dan akan membawa negara ini ke arah sebuah pentadbiran yang berlandaskan ajaran al-Quran dan hadis.
Adakah ajaran Pas yang dipimpin oleh Hadi Awang benar-benar mengikut landasan agama Islam, jika benar kenapa berlakunya rusuhan dan mengapa pula mereka sanggup menabur fitnah dan menanam kebencian kepada kepimpinan negara, sedangkan dalam ajaran Islam itu sendiri tidak pernah mengajar agar umatnya bertindak ganas dan membenci saudara sesama Islam.
Wajarkah seseorang yang mengaku mempejuangkan ajaran Islam mengutuk dan menghina saudara sesama Islam. Jika tidak, mengapa pula ini berlaku didalam parti PAS dan apakah tujuan sebenarnya perjuangan mereka…Mungkin juga semua yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi individu-individu tertentu sahaja?
Sekiranya seseorang pemimpin PAS mempunyai pendirian yang teguh kepada ajaran Islam, mengapa mereka sanggup bermusuhan dengan orang lain yang seagama dengan mereka? Sedangkan Rasulullah sendiripun pernah menganggap orang kafir itu sahabat.
Hentikanlah keganasan dan rasa benci yang kini begitu menebal bersarang dalam jiwa pemimpin dan juga penyokong parti Pas. Kerana ia dibimbangi kelak akan mampu memberikan imej yang kurang baik kepada Islam itu sendiri dan sekaligus memungkinkan hilangnya kreadibiliti para pemimpin Pas itu sendiri di mata penyokong mereka sendiri.
Thursday, September 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment